Home » » PETTA FILEM LAKONAN RAJNIKANTH YANG TERBARU DAN TERBAIK..

PETTA FILEM LAKONAN RAJNIKANTH YANG TERBARU DAN TERBAIK..

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, January 17, 2019

PETTA SINOPSIS

Sebuah lagi lakonan Rajniknath iaitu Petta dimana kali ini ia berlakon sebagai Kaali menjadi warden asrama budak kolej.

Pada permulaan filem Petta ini kita telah disajikan dengan adegan pergaduhan stail Rajnikanth dimana 20 orang samseng yang cuba memukulny atelah di bantai dengan selambanya.Dan bermulalah imbas kembali bagaimana ia menjadi warden asrama hingga ke detik ia berlawan 20 orang samsung tersebut.

Pada permulaan cerita semasa Kaali menjadi warden terdapat sekumpulan pelajar senior yang membuli pelajar junior. dia bantai budak-budak ini. Masalahnya bapa budak ini pula samseng. Dia hantar samseng pukul Kaali tapi Kaali kasi tampar sikit semua terpelanting. Dengan selambanya dia pergi rumah bapa budak tu dan beri amaran..hahahahaha.

Pada masa yang sam di kolej tersebut terdapat pelajar lelaki bernama Anwar yang minta tolong Kaali untuk membantu masalah percintaannya dengan berjumpa dengan ibu aweknya. Kaali pun pergi berjumpa dengan mak budak perempuan tersebut. Mak aaiii...lawanya. macam biasa ia bercinta mak perempuan tersebut dan mak perempuan tersebut restui percintaan Anwar dengan anaknya.


Pada satu hari semasa Anwar dan makwenya Anu sedang berdua-duaan, pelajar Senior iaitu Mike yang jahat telah mempermainkan mereka. Nasib baik Kaali ada di situ. Amik kau kena belasah dan muat naik kat You Tube kecoh viral dia orang kena belasah.


Bapa budak tersebut dah tak tahan, anak kena belasah dan dia pun kena belasah lalu dia hantar orang pukul  si Kaali kat asrama kolej. Kaali dapat tahu dan belasah mereka tetapi rupanya dalam kumpulan samseng tersebut ada dua kumpulan. Satu kumpulan nak belasah Kaali dan satu kumpulan lagi nak bunuh Anwar. Pada masa ini kita pun pening kenapa Mike nak bunuh Anwar rupanya ada dua kumpulan. Mereka tak kenal setelah buka penutup muka baru tahu ada dua kumpulan.

Kaali selamatkan Anwar dan juga Mike ketika itu.dan belasah mereka. Kemudian Kaali sembunyikan semua pelajar di dewan kerana ia tahu kumpulan yang tidak diketahui itu akan datang lagi. Dan itulah bermula 20 orang samseng pada pemulaan cerita  Petta tersebut.

Klimak cerita ini bermula apabila kawan Kaali ceritakan siapa yang hendak bunuh Anwar dan kenapa Petta ke kolej lelaki tersebut. Imbas kembali semual zaman muda Kaali semasa di Madhurai dimana ketika itu ia berkawan baik dengan bapa Anwar iaitu Malik dalam membanteras samseng yang mencuri pasir.

Dalam imbas kembali anda kena saksikan sendiri di mana Malik mati di bom termasuk anak dan isteri Petta. Yang selamat isteri Malik dan ia sempat melahirkan anak yang bernama Anwar. Orang jahat tersebut iaitu Singgram tahu mengenai Anwar dan dialah yang menghantar samsengnya bunuh Anwar.


Apakah yang berlaku seterusnya anda kena tengok sendiri. Bagaimana Petta membalas dendam terhadap musuh lamanya Singgaram dan teknik menipunya itu. Rating filem ini aku berikan 4.8/5 sebab jalan ceritanya sangat padat dan aksi yang menarik.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers