NEW SEAT BUCKET

Hari ini sekali lagi aktiviti perabis duit iaitu tukau seat biasa kepada seat bucket sebab bini aku suruh aku tukau!!! Aku malas nak tukau sebab aku rasa OK jer.

Tapi menigikut pengalaman aku pernah memakai seat bucket pada kereta lama akuiaitu Proton Knight dahulu, ia memang selesa. Dimana kau boleh sandarkan kepala kau dengan maksimum. Gripping body kau terasa padat dan ruang terasa luas di dalam kereta.

SEAT BUCKET SAGA FLX
INI SEAT BUCKET YANG AKU BELI
Ini aku akui sebab kawasan belakang untuk kakak penumpang belakang lagi luas dan bahagian depan pun tersa luas. Lagipun belakang kau tak sakit pakai seat bucket ini sebab design dia memang gripping so kalau kau tegakkan kedudukan seat kau, ia terasa selesa pada tulang belakang kau. Itu pendapat aku yang pernah pakai bertahun-tahun seat bucket ini ler.  Dan pandangan bini aku pun sama seperti aku. Dia kata tak sedap pakai seta original Saga FLX ni...hehehehe.

So semalam aku aku surf kat internet cari seat bucket yang sesuai untuk Saga FLX. Aku malas nak ubahsuai tapak dia. Dahulu masa aku pakai Seat Bucket kat Proton Knight kena hantar pi welding buat tapak ikat screw sebab tapak tak sama.

Nasib baik kali ini tapak dia sama dengan tapak seat original Saga FLX. so hanya keluarkan yang lama dan masukkan yang baru.

Sekarang ini agak senang nak buat kaji selidik dan buat perbandingan harga. Hanya pergi ke internet dan tekan butang,


Setelah buat perjanjian kami pergi kedai kusyen sport nama kedai tu..hehehehe, Dan yang penting bini aku setuju maka dalam setengah jam kami sudah memliki seat bucket sport yang baru.
Dah boleh race lepas ini.....

Oooh ya..kerusi lama aku trade in dengan kedai tu dapat murah sikit bawah 1K. Ada yang lagi murah tapi aku amik pertengahan harga antara mahal dan murah...

SEAT BUCKET SAGA FLX
SELAMAT TINGGAL KERUSI LAMAKU