B GENG MELAKA TERBAIK
Hari ini nak cerita laman FB negeri Melaka iaitu Geng Melaka yang baru aku sedari banyak membantu golongan peniaga Melaka khususnya.  Geng Melaka ini merupakan group tertutup dengan ahli 106K ( pehhh ramainya orang Melaka ini).


Aku plan nak buat sedikit renovation rumah aku tapi biasalah kalau nak buat renovation ini macam-macam supplier kau kena cari. Dari supplier buat tembok rumah, tampal tiles rumah, buat pagar rumah, buat pintu rumah dan buat wiring. Belum lagi bab kena cari lori nak buangkan sampah-sampah yang tak pakai kat rumah kau yang bertahun kau longgokkan…hehehehe.


Mula-mula memang payah aku nak buat. Kena tanya member mana nak cari lori atau kontraktor dan 2 hari lepas aku mencuba mencari maklumat menggunakan FB Geng Melaka. Percubaan pertama ialah aku mencari lori untuk membuang sampah perabut rumah aku. Aku ada jumpa signboard berdekatan dengan rumah aku, bila tanya harga mak aiii nak RM420. Siapa nak bayar sebanyak itu untuk buang sampah jer..

FB GENG MELAKA TERBAIK
Lalu aku mencuba di FB Pages Geng Melaka , berpusu-pusu komen masuk. Ada satu lori tu minta hanya RM120 tapi nak ambil barang aku pukul 1.00pm tapi aku ada hal pagi tu. Aku jumpa satu lagi lori melalui ruangan komen yang minta RM200 dan boleh ikut masa aku ambil pagi. So aku ambil berharga RM200 walaupun mahal sikit dari harga pertama RM120. Tapi dari aku ambil yang mula-mula lori yang tampal signboard RM420, aku masih ada untung beb!!

FB GENG MELAKA TERBAIK

Pengalaman kedua ialah aku mencari orang untuk ubahsuai pagar besi rumah aku. 2 kali percubaan, yang pertama melalui search di FB jumpa FB pages lalu aku what apps dan lepas tu tak balas-balas. Kedua aku minta dari rakan sekerja, dia berikan no telefon. Bila nak deal dia tak balas-balas what apps aku. Hawau tuiiii, kadang-kadang ni yang aku malas nak deal dengan orang melayu ini, kalau kau tak boleh buat hantar jer mesej kata tengah sibuk atau tak mampu nak buat. Ni tak buat dekkkk jer…


Stress punya pasal aku post kat Geng Melaka minta sesiapa kenal yang boleh ubahsuai pagar rumah aku, amik kau berpuluh komen datang. Dan aku cari 2 supplier dan aku akan jumpa mereka minggu depan hanya gunakan FB pages Geng Melaka.


FB Geng Melaka memang terbaik dan memudahkan aku bekerja serta dapat membuat perbandingan harga melalui beberapa supplier dengan lebih cepat.  Pengalaman pertama yang menyenangkan. Lain kali kalau aku nak cari apa-apa maklumat post ajer kat FB Geng Melaka pasti semuanya setel.


FB GENG MELAKA TERBAIK