FILEM KOREA THE GREAT BATTLE

the great battlr


Semalam aku menonton filem Korea THE GREAT BATTLE. Aku kasi rating 5/5 sebab filem ini diluar imaginasi pemikiran kau orang tentang peperangan dahulukala dalam abad ke 17 dimana peperangan Dinasti Ting dari China dengan Dinasti Goguryeo Korea.

Teknik peperangan yang tak masuk awal tetapi logik itu yang buat kau terkesima sebentar  dan terus menonton hingga akhir. 

Filem ini bermula dengan peperangan darat yang melibatkan 150 ribu askar Korea melawan tentera China. Dalam peperangan ini pihak Korea hanya tinggal 10 ribu orang sahaja yang terselamat. Dalam peperangan ini ada satu watak kadet muda bernama Samul yang kematian adiknya yang dibunuh dihadapan matanya.

Jeneral Yeo iaitu ketua panglima pada ketika itu telah memanggil Samul dan beritahu kekalahan mereka berpunca dari komander kubu Ansi bernama Yang Manchu yang tidak mahu menghantar tentera semasa peperangan tetsebut.

Jeneral Yeo telah mengarahkan Samul untuk membunuh Komander Yang yang berada di kubu bernama Ansi. Untuk pengetahuan Ansi adalah kubu Korea terakhir sebelum tentera Cina yang dipimpin oleh Maharaja Li Si Ming mahu menakluk ibu negeri Goguryeo.

Samul pun pergi ke Ansi dengan perasaan marah berbekalkan pisau yang diberikan oleh Jeneral Yeo untuk membunuh komander Yang.

Setiba disana beliau cuba membunuh Komander Yang tapi takut( biasalah kadet mentah), namun pada satu hari Komander Yang telah  meminta Samul mencukur jambangnya mengguna pisau Samul. Terketar-ketar member tu...tapi Samul tak berani nak bunuh. Komander Yang. Akhirnya Komander Yang berkata Samul melepaskan peluang yang ada. Rupanya Komander Yang tahu Samul mahu membunuhnya dan beliau tidak membunuhnya tapi membawa Samul mempertahankan kubu Ansi sebagai pembawa bendera.

Lupakan Samul, peperangan bermula dengan jumlah kekuatan yang tidak masuk awal dimana tentera Cina seramai 200,000 orang manakala tentera Ansi pula hanya 5000 orang. Memang tak logik mereka akan menang.


Tetapi Komander Yang merupakan komander yang hebat. Serangan pertama tentera Cina gunakan tangga, beliau buat satu senjata yang membawa batu dan jatuhkan semua tangga tersebut.

Tapi ini tak cukup best, lagi best ialah pihak Tentera Cina berjaya meroboh pintu gerbang, kubu Ansi kononnya dapat masuk rupanya perangkap. Ini kau kena tengok!!

Serangan kedua ialah guna caterpillar pun tak boleh robohkan dinding kubu Ansi sebab teknik menguatkan dinding yang digunapakai oleh Komander Yang. Maharaja Cina benggang, tangga dia tak berkesan lalu dia hantar macam menara berperisai untuk masuk ke kubu Ansi. Tapi tak berjaya sebab Komander Yang merupakan pakar pemanah telah memanahkan api berminyak pada menara bergerak tentera Cina.







Tentera Cina amat bengang tak dapat masuk ke kubu Ansi dan Maharaja tersebut membuat Bukit Buatan yang tingginya melebihi kubu  Ansi, Gila tak gila si Maharaja Cina tu sebab dia dah stress sangat. Selama 2 bulan mereka membuat bukit buatan dan Komandr Yang tahu sahaja Bukit Buatan itu siap maka mereka semua akan kalah.

Akhirnya Komander Yang mendapat idea bagaimana merobohkan bukit buatan tersebut dengan membuat terowong bawah tanah. Apa yang berlaku, itu anda kena tengok sendiri.

Dalam filem The Great Battle ini kita dapat melihat strategi kedua-dua pihak terutama Komander Yang dan Maharaja Cina tersebut yang mempunyai strategi tersendiri dan unik.

Kita juga dapat melihat kesedihan pabila ramai rakan-rakan Komender Yang mati dibunuh. Memang sedih bab ini hingga hampir menjatuhkan moral Komander Yang.


Filem ini adalah filem berkualiti dunia dan pelakon-pelakon yang berlakon memang hebat dalam ekspresikan wajah mereka.

Kita dapat melihat pengorbanan yang dilakukan oleh orang kanan Komander Yang iaitu Paso untuk membunuh Maharaja Cina tersebut tapi gagal akibat perkhianatan dan juga  percintaan hingga ke mati apabila kekasih Paso merangkap adik Komander Yang mati dibunuh.

Filem The Great Battle ini sarat dengan aksi, percintaan, kesetiaan, patriotik, pengorbanan, perkhianatan dan strategi ketenteraan.

Share:

0 comments