MAHU BERJAYA BELILAH IJAZAH PALSU

Kecoh satu Malaysia apabila terbongkar status Pendidikan Menteri Pakatan Harapan kononnya ada ijazah rupanya adalah ijazah beli..


Dan dikatakan 50% Menteri PH mempunyai sijil palsu dan tidak diiktiraf. Setakat ini hanya 2 orang yang terkena tempias mempunyai sijil palsu iaitu  Datuk Osman Sapian  Menteri Besar  Johor yang dikatakan tidak mempunyai   ijazah dan diploma Perakaunan dari Universiti Pertanian Malaysia yang kini dikenali sebagai Universiti Putra Malaysia dan Datuk Marzuki Yahya Timbalan Menteri Luar  yang dikatakan ikutiprogram pengajian jarak jauh bagi kursus pentadbiran perniagaan yang diambil Marzuki tidak wujud di Universiti Cambridge.


Dan dikhabarkan akan terbongkar beberapa Menteri PH termasuk Lim Guan Eng juga yang dikatakan tiada ijazah perakaunan. Memang hebat detektif politik Malaysia ini. Sampai sijil palsu pun dapat dikesan. Tapi itu semua dakwaan mereka dan belum dibuktikan dengan tepat. So rakyat Malaysia jangan gelojoh membuat persepsi pula.


Tapi untuk aku apabila kita masuki bidang  politik ini memang ada prosedur ker semua harus mempunyai ijazah yang hebat-hebat dari Universiti yang hebat-hebat. Kalau tiada ijazah maka anda tak layak masuki bidang politik. Tolong tunjukkan SOP yang mengatakan sedemikian?


Sampai Lim Guan Eng pun kau kata tak der ijazah aku rasa macam tak percaya jer. Pulau Pinang dia jaga sampai ada duit lebihan dan sebagai Menteri Kewangan semua orang dia kejar sampai aku pun panas punggung dapat surat pemutihan dari LHDN minta datang bincang. Aku naik benci dengan Lim Guan Eng sebab ia terlalu efisien dalam hal kewangan hingga akar-akar pun dia korek. Itu orang yang tiada ilmu kau kata?


Sebab tu aku kata kita kena periksa dahulu. Jangan melatah dengan tuduhan yang sedemikian. Untuk aku dengan ada segulung ijazah/master/PHD maka kau akan jadi pemimpin yang terbaik. Ada juga orang yang tidak mempunyai ijazah berjaya dalam kehidupan malah ada yang jadi legenda di dunia ini.


Cuma rakyat Malaysia marah bukan pemimpin kita tiada ijazah tetapi menipu dan membeli ijazah. Dalam artikel ini aku tak mahu mempersoalkan tentang isu ahli politik membeli ijazah kerana ia masih dalam penyiasatan dalam parti terbabit. Cuma tajuk ini menarik hati aku, kenapa nak beli ijazah palsu.


Adakah dengan adanya ijazah maka masyarakat akan pandang kau dengan tinggi tapi adakah kau tidak terasa malu sebab menipu orang ramai. Orang yang sedemikian patut berasa malu sebab ia tidak mempunyai keyakinan diri dan tak layak untuk menjadi pemimpin. Dia tak yakin dengan diri dia dengan menipu ijazah palsu macam mana dia nak bantu masyarakat.


Kedua ia tak layak menjadi pemimpin kerana ia penipu. Bolehkan kita dengan rela hati menerima penipu memimpin kita. Isu Ijazah palsu ini bukan isu kecil tetapi ia berani menipu buat ijazah palsu. Maka kita dapat huraikan, sekadar kita macam kacang dia menipu kita..hehehehe. Kasihan jadi rakyat marhaen ini yer, asik kena tipu jer.


Sebenarnya artikel ini dah 3 hari aku tulis tapi aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya sebab aku memikirkan kenapa ujud manusia didunia ini yang nak buat Ijazah palsu kemudian gunakan title tu untuk tunjukkan krebiliti dia dalam politik, bisnis atau apa sahaja ler.. Tapi ia tak sedar ker bahawa kejayaan dia adalah palsu dan paling malang ia menjana pendapatan dari penipuan ini maka suci ker pendapatannya selama ini. Itu yang patut mereka takut.


Kita kena akui kejayaan dalam politik atau bisnis seseorang itu bukan kerana ia ada ijazah palsu semata-mata tetapi beberapa faktor yang lain tetapi selagi salah satu faktor kejayaan kau adalah terselit penipuan maka adakah ia menghalalkan cara.

Nasihat aku ialah BE YOURSELF.