MONSTRUM FILEM KOREA TENTANG RAKSASA GANAS

MONSTRUM
Kali ini kita bercerita tentang filem Korea lagi.  Kali ini filem Monstrum atau bahasa Korea Jakseoui Byeon Moolgwoeui Seubgyeok tentang filem makhluk ganas pada sekitar zaman raja-raja Korea.

Mengambil latar ribuan tahun silam, Film Monstrum mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang tinggal di sekitar Gunung Ingwangsan. Kehidupan masyarakat mulai terusik ketika makhluk  mengerikan yang tinggal di sekitar gunung mulai mengancam kehidupan masyarakat, hingga kerajaan yang dipimpin oleh Yoon Gyeom Raja Jung Jon (Park Hee-soon) dari Joseon.

Berbagai masyarakat berspekulasi bahawa ada binatang buas yang tinggal di sekitar tempat tersebut dan menyebutnya sebagai lagenda “Monstrum”. Raja pun mahu tidak mahu kena turun tangan menyelesaikan masalah ini. Ia meminta tolong  bekas Jendral militer bernama Yoon Gyeom (Kim Myung-min). 

Jendral ini dibantu oleh anak perempaun angkatnya, pengikut setia yang kelakau dan pemuda suruhan raja Korea. Namun usaha beliau menghadapi rintangan kerana Perdana Menteri Joseon yang jahat ingin merampas kuasa Raja Joseon.

MONSTRUM

Pada mulanya pembunuhan kejam rakyat Korea dirancang oleh Perdana Menteri dan diuar-uarkan dilakukan oleh rakasasa. Tetapi sebenarnya ia adalah perilaku Perdana Menteri dan konco-koncony aagar rakyat marah kepada Raja Joseon dan pemberontakan rakyat berlaku dan ia akan mengambil peluang menjatuhkan raja Joseon.

Namun perancangan raksasa itu rupanya adalah benar kerana raksasa itu benar-benar ada dan membunuh rakyat Joseon.  Klimak filem ini terjadi apabila raksasa mula menyerang istana dan mebunuh semua orang istana.

Yoon Gyeom terpaksa mencari akal bagaimana membunuh raksasa tersebut dan pada masa yang sama menyelamatkan Raja Joseon yang mahu dibunuh oleh Perdana Menteri
Bagaimana Yoon Gyeom dan rakan-rakannya membunuh raksasa dan adakah Raja Joseon akan mati dibunuh oleh Perdana Menteri Joseon. Dari manakah asal usul raksasa tersebut.

Filem ini aku berikan nilai rating4.5/5  sebab jalan cerita dia agak lambat . tapi aku pun sedia maklum ia kan filem penyiasatan maka mesti ia mengambil masa dan analisis penyiasatan.

Namun dengan rating 4.5/5 untuk agak tinggi cuma standard aku mahuakan aksi. sayang kalau buat cerita raksasa tapi raksasa tu tidak dioptimumkan sepenuhnya.  Pelakon-pelakon filem ini terbaik dalam membawa watak mereka.

Untuk aku filem ini adalah filem wajib tengok sebab aku rasa inilah pertama kali Koreo buat filem raksasa kot.




Share:

0 comments