myTNB Pembayaran Bil Elektrik Secara Online

myTNB Pembayaran Bil Elektrik Secara Online
Semalam mak aku membebel tak dapat bil elektrik selama 2 bulan selepas tukar meter baru TNB. Maklumat mak aku terima, TNB takkan kasi bil elektrik lagi semua kena bayar online. Pehhh!! dahsyat bahagian risikan mak aku...hahahahha.

Dan paling dahsyat ialah ayat ulangan macam mana nak bayar, dah 2 bulan bil tak datang. Kenapa aku dipasak dengan soalan yang sama selama 3 jam.

Aku dah tak tahan maka aku pun membuat penyelidikan dan rupanya ada aplikasi dari TNB iiatu myTNB  dimana kita boleh membuat pembayaran secara online. Maka aku pun donlod dan daftar nama aku.

Masalah pertama muncul ialah bil elektrik rumah mak aku bukan atas nama aku tapi atas nama bapa aku. Tapi yang bagusnya myTNB kita boleh daftar online bil elektrik sebab ia ada opsyen  "residental" atau "rent"

Maka aku pilih "rent" dan keluar opsyen yang hanya perlu masukkan no akaun bil elektrik. Nasib baik mak aku ada simpan bil elektrik yang lama.  So aku masukkan no akaun bil elektrik dan tunggu dia buffering jap dan keluar graf berapa aku kena bayar duit bil elektrik.

Aku tekan "Pay" dan ia ada opsyen guna kredit/debit card atau FPX online. Aku bayar pakai FPX sebab malas nak tulis no kad aku satu-persatu... Dan dengan mudah ia membayar tunggakan rumah mak aku sebanyak RM29.00 sahaja...

Dan yang paling penting ialah aku secara tak sengaja telah dipertanggungjawabkan byar bil elektrik ...hahahahaha. Terbaik.... myTNB




myTNB Pembayaran Bil Elektrik Secara Online







Share:

0 comments