NAIKKAN PENDAPATAN GOOGLE ADSENSE GUNA FB ADS

NAIKKAN PENDAPATAN GOOGLE ADSENSE GUNA FB ADS

Sebagai blogger rasanya semua pihak tahu apa itu Google Adsense iaitu sebuah platform menjana pendapatan kepada blogger dengan meletakkan iklan di papan blog mereka.

Ada pelbagai istilah seperti revenue atau CPC kita akan pelajari bila ada akaun Google Adsense ini kerana ia penentu berapa jumlah pendapatan kita dengan setiap per-klik oleh pembaca pada iklan tersebut.

Itu semua kita lupakan kerana untuk menjana pendapatan melalui Google Adsense ialah berapa ramai yang mahu klik iklan anda yang berada di sidebar, head atau dalam artikel. Itu persoalan yang harus kita atasi dahulu.

Salah satu perkara asas mahukan jumlah klik yang banyak ialah jumlah pageview ke blog anda. Kita ambil pengiraan secara mudah, jika pengunjung anda seramai 5000 orang sehari dan dari jumlah tersebut kita anggar 1 peratus sahaja maka kita akan dapat 50 orang sehari. Kalau jumlah pengunjung kurang dari 5000 orang maka makin kurang pendapatan anda.

Kita kena ingat, tak semua orang akan klik iklan anda di blog. Jika mereka berminat baru mereka klik.  So asas pertama ialah dapatkan pengunjung seramai yang mungkin ke blog anda.

Salah satu cara yang aku sedang eksperimen ialah menggunakan FB ads. Nak kaya tapi takut keluar modal lalu macam mana nak kaya.. itu kata kawan aku.  Betul juga kan..hahahaha.

Aku laburkan sebanyak RM100 sebagai pemulaan projek FB ads untuk menjana pendapatan iklan Google Adsense.

Aku berpendapat jika aku taja salah satu artikel terbaik aku dan pembaca akan klik iklan aku di iklan FB dan Instagram, mereka akan dibawa ke laman web yang ditujukan. Bila laman web tersebut dibuka maka artikel aku akan muncul bersama iklan yang  aku tepek di blog aku.

Seperti yang aku katakan, harapan aku dengan jumlah pengunjung yang tinggi melalui iklan tajaan FB ads aku sebanyak RM100 maka potensi iklan aku untuk diklik amat tinggi.

Teknik ini masih lagi dalam eksperimen lagi. Sekarang aku laburkan RM100 dimana iklan aku berjalan selama 30 hari. Untuk pulangan modal aku harus mendapat RM3.30 sehari. Itu baru dapat modal semula.

Kenapa ramai suka pakai Google Adsense sebab ia bayar dalam USD. Maka RM3.30 sehari iaitu minimum pendapatan yang aku harus dapat untuk modal RM100 selama 30 hari.  Maka aku kena dapat USD.70 sehari untuk blog tajaan ini sahaja.

Dan revenue serta CPC aku per-klik ialah USD0.10 sebagai contoh maka ia tidak mustahil dilakukan. Betul tak? Jika fikir secara logik. Aku perlu 7 klik sehari dan mahu untung ialah 8 klik ke atas.

Iklan ini masih berjalan maka keputusan baru akan tahu nanti. Walau bagaimana pun kebaikan membuat FB ads untuk blog anda bukan sahaja untuk Google Adsense anda tapi secara tak langsung promosi blog anda. Awak dapat 2 in 1 keuntungan. Umpama SEO berbayar ler..hahaha.

Ada teknik yang lagi mudah dan pasti cepat kaya jika guna FB ads iaitu klik terus ke iklan penaja dimana kita ambil kod iklan di Google Adsense masukka  ke FB Developer dan ada beberapa  setting maka sesiapa yang klik iklan tajaan FB ads ia akan dibawa ke iklan anda bukan ke blog anda.

Cara ini adalah cara pasti akan untung. Katakan perklik FB caj RM0.08 tapi klik iklan anda RM0.10. Sudah untung maa...itu kiraan secara kasar jer ni.

Tapi persoalan adakah pendapatan kita ini suci. Sebab kita melanggar terma Google Adsense dan menipu untuk menjana pendapatan. Saya nasihatkan baik jangan buat, jangan tamak.

Fikir kembali kenapa kita mula-mula berblogging adakah kerana duit. Bukan kan, sebab minat. Cuma lama-kelamaan kita jadi tamak kan..hahaha.

Untuk pengetahuan aku mempunyai 4 blog yang menggunakan iklan Google Adsense dan 1 blog guna Nuffnang. Blog yang aku cuba ini adalah blog pelancongan yang masih mentah. Nak mencuba nasib dengan blog ini.

Nama blog ini ialah kaki travel yang menggunakan niche pelancongan.
Kalau rajin boleh klik artikel iklan aku ni dan dialu-alukan baca artikel yang lain. Banyak gambar dan video untuk rujukan pelancongan anda.

https://haniftravel.blogspot.com/2018/04/intineri-penuh-percutian-di-bali-5-hari.html

Jom kita menjana pendapatan secara suci tapi efektif.. Aku tak menaruh harapan sangat pada kejayaan pendapatan melalui Google Adsense mengguna FB ads tapi aku menaruh harapan untuk menjana pageview blog ini. Jika aku dapat pageview yang tinggi dari iklan FB ads ini dan andaikan 10% akan datang kembali ianya satu kejayaan. Aku akan mendapat jumlah pageview dan kekalkan pendapatan Google Adsense aku dengan pengunjung iklan FB ads dahulu.

NAIKKAN PENDAPATAN GOOGLE ADSENSE GUNA FB ADS
Setakat 2 hari itulah jumlah klik ke page aku sebanyak 42 klik. Dan maaf sebab tak boleh kongsi jumlah pendapatan harian sebab akaun Google Adsense aku kongsi banyak blog...hehehe.
Mana boleh hidup kalau harapkan satu blog jer. Blog ini pun tak guna Google Adsense semenjak aku guna domain sendiri. Kena reject jer memanjang.

Sebenarnya eksperimen ini adalah eksperimen cincai. Jika nak buat betul-betul anda harus ada ilmu FB dimana kalau boleh kita nak kurangkan caj per-klik FB semurah yang mungkin baru kita boleh menjana pendapatan jangka panjang. Ada tekniknya.

Malah FB pages yang digunakan juga bergantung dengan follower anda. Jika FB pages ramai follower maka potensi diklik pun tinggi. Aku menggunakan FB pages Hanif Bin Idrus buat iklan FB ads ni.

Malah untuk dapat per-klik Google Adsense yang tinggi pun ada tekniknya dengan niche blog dan keyword yang betul.

Bukannya kau taburkan duit dan buat iklan pada FB. Kalau macam tu ramai dah kaya melalui jualan online kat FB kan..hahahaha.

Aku berani sebab modal aku kecik RM100 jer. Biasanya orang guna FB ads kalau buat jualan online dengan kadar RM1000 sebulan untuk iklan produk.

Bukan senang nak kaya...hahaha. Duit Google Adsense ni aku mampu bayar duit domain website Hanif Idrus ni jer setiap tahun dan kos internet aku. Tak kaya pun...10 tahun berblogging  nak pakai Mercedes dengan duit blog hanya mimpi indah waktu tidur...ahaks.

Tapi seperti aku katakan, kalau nak kaya kena keluar modal. Modal RM100 maka kekayaan kau dalam lingkungan RM100 ler. Yang penting ilmu mesti ada yer... Jangan bantai keluar modal tapi ilmu FB dan ilmu blog seperti SEO, keyword, alt tag, heading text, broken link, pagejuice dan macam-macam istilah blog ni kena faham.

Kalau tanya aku tentang ilmu FB, aku zero. Diulang aku buat eksperimen dengan ilmu FB yang cetek. Jangan kau ikut aku pula. Namun aku percaya dan amat yakin menjana pendapatan Google Adsense melalui FB ads boleh berjaya.

Jika kau ada ilmu FB dan Blogger, aku memang sarankan. Serius. Walau apapun tunggu 30 hari result aku dengan ilmu FB yang cetek ni.


Share:

0 comments