Home » » PEGAWAI KERAJAAN MALAS?

PEGAWAI KERAJAAN MALAS?

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, February 28, 2019

Video seorang lelaki mengamuk ketika berurusan di sebuah premis kerajaan tular di laman sosial, hari ini. Dalam video berdurasi 43 saat berkenaan, lelaki itu dengan nada suara tinggi menjelaskan dia berada di premis itu sejak 10 pagi. Bagaimanapun selepas empat jam menunggu nombor giliran dipanggil, dia diarahkan kembali semula ke premis kerana kekurangan kakitangan dan waktu rehat.


Perkara biasa dalam sektor kerajaan dimana kau buat 10 kaunter tapi dalam sejarah hidup aku belum pernah melihat kesemua kaunter tu penuh walau pun diawal pagi. Bukan waktu rehat yerr..


Tapi aku akui berbanding dahulu dengan sekarang perkhidmatan pekerja kerajaan adalah lagi baik. Cuma ada segelintir mereka yang masih lagi di ulik mimpi nak merayau- rayau di kantin atau shopping terlebih masa.


Alasan yang diberikan oleh penjawat awam tersebut mengatakan tidak cukup kakitangan adalah amat memalukan. 


Baru 2 hari lepas Tun Mahathir kata lambakan pekerja awam disektor kerajaan. Maka apa hal pula tak cukup kakitangan.


Kalau tak salah aku, lebihan kakitangan kerajaan ialah dalam 70K orang dan Tun Mahathir tidak akan membuang mereka kerana takut timbul masalah sosial nanti disebabkan terlalu ramai yang tidak bekerja. Tun Mahathir pun kasihan pada penjawat awam.


Tapi apabila seorang rakyat terpaksa tunggu 4 jam dan ulang alik 8 kali ini cukup melampau. Kami sebagai rakyat bila ke pejabat kerajaan kadang kala fedup juga dengan benda-benda  macam ni tapi terpaksa diam terutama bila pergi pejabat pembaharuan lesen, mohon tapak atau jabatan kebajikan dimana kita memerlukan bantuan penjawat awam ni. 


Kawasan atau jabatan ni ler macam hawau. Dia orang pandang kau kecik jer dan kaunter seperti biasa tak pernah penuh. Macam kes mamat ni yang nak buat urusan lori dia tu. Tapi lama-kelamaan mesti angin bila kau layan mamat tu macam taik. Kebanyakan pihak akan senyap jer sebab kalau melenting sudah pasti lesen kau tak dapat. Kasihan aku kat mamat  ni. Itulah sikap sesetengah penjawat awam yang berlagak dan tak tahu kepayahan pihak lain.


Tapi kalau kau ke pejabat tanah nak bayar cukai, Majlis pembandaran atau JPJ baharui lesen semuanya OK. Aku tak pernah alami apa-apa masalah dengan jabatan sedemikian kerana  kita tak harapkan bantuan mereka. 


Tapi tak semua macam ni yer...ada pepatah berkata kerana nila setitik habis susu satu belanga. Aku tak salahkan pegawai rendah yang kena maki tu, aku salahkan pengurus / pengarah jabatan tersebut. Andai kata kau dah tahu kakitangan kurang, apa tindakan kau untuk kurangkan kesesakan rakyat kat luar tu. Mungkin breaktime kau tambah dari 2 kali ke 4 kali supaya minimum kakitangan cukup kat kaunter. 


Atau pengarah/pengurus ni pun kaki mulau. So anak-anak buah pun ikut ler. Bila kepala lembik maka ekor pun lembik.


Kadang-kadang aku setuju jer dengan cadangan Mahathir kurangkan kakitangan kerajaan ni. Tapi bila fikirkan semua ni orang melayu kasihan pula. Ada anak bini dan aku pernah alami kena buang kerja faham sangat masalah yang akan mereka hadapi nanti.


Cuma nasihat aku bekerjalah sungguh-sungguh. Orang tak maki atau mengamuk tanpa sebab yer. Mamat tu mengamuk kerana suka-suka ker..hehehe. 


Yang mengamuk tu pula India. Tak pasal-pasal nanti isu perkauman timbul. Terlalu ramai kaum melayu mendominasi sektor kerajaan hingga kaum lain tersisih. Ini adalah lambang ketidakadilan bagi rakyat Malaysia apatah lagi kini kita adalah Malaysia baru. INILAH tajuk berita nanti keluar..hahaha.


Jangan nanti ada pihak lain ambil kesempatan dari segelintir penjawat awam yang kurang peka terhadap susah rakyat ni maka kau juga akan menangis. Jangan ketawa dahulu selepas tu nangis...jangam malas sekarang selepas kau kena buang.


Aku malas nak upload video ni.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers