PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN

PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN

Pada bulan March ni rakan sebaya ajak aku pergi ke Medan, Kami terdiri dari 3 orang rakan sebaya, yang lain-lain pun ada tapi memang payah. Yang boleh masyuk tiga ketul ini jer. Sebelum itu kami pernah melancong bersama ke Gili Trawangan. Perancangan setahun juga ini sebab plan asik tak jadi jer semenjak salah seorang rakan sebaya kami baru berkahwin dan ada baby baru.

Biasalah bila ada baby baru memang nak berjalan jauh ini tersekat. Nak lepak-lepak kedai mamak dua atau tiga jam pun dah susah. Kami dah lalui zaman tu dan kini kawan aku yang kahwin lambat ini pula merasa..hehehehehe.

Akhirnya kami sepakat ikut tarikh kawan yang ada anak kecil ini. Setelah perbincangan demi perbincangan maka kami telah memilih tarikh hujung bulan March ini ke Medan.

Maka bermulah draft aktiviti seperti tiket kapal terbang, pemandu pelancong dan intineri perjalanan kami 4 hari 3 malam. Member aku yang sorang lagi kata cukuplah 3 hari 2 malam, aku tak setuju. Kalau alang-alang kau berjalan biar puas kalau boleh 5 hari 4 malam ikut standard aku ler...

Tiket seawal bulan Januari kami dah beli dan pemandu pelancong kami dah tempah juga. Tunggu masa sahaja. Dibawah ini adalah intineri kami:

Hari Pertama

》Tiba di Airport Medan Kuala Namo lalu terus pergi ke Lake Toba (Tasik danau Toba)
》Berhenti untuk makan tengahari (1st Lunch)
》Dalam perjalanan dari Medan ke Lake Toba berhenti di Kedai Paten (Kedai menjual Kacang Tumbuk makanan khas Siantar.
》Chek in (Hotel patra jasa) International Bermain-main di tepi tasik,memancing, Jet ski, Banana boat dan menikmati keindahan Lake Toba di waktu senja.
》Makan malam (1st Dinner)
》Pulang ke hotel untuk berehat, tour hari pertama berakhir.


Hari Kedua

》Sarapan pagi di Hotel (1st Breakfast).
》Menaiki feri menyeberang ke Pulau Samosir. Di Pulau Samosir, kita akan singgah di Perkampungan Tomok. Melihat kehidupan kaum Batak Toba, shopping, melawat Si Gale-Gale dan Makam Sidabutar.
》Lalu pergi menuju Berastagi.
》Dalam perjalanan berhenti di Simarjarunjung (Bukit tertinggi di pinggir Lake Toba yang sangat sejuk) untuk melihat permandangan indah Lake Toba dari sini. Sambil menikmati Teh Halia dan Pisang Goreng enak yang menjadi sebutan ramai.
》Dalam perjalanan juga kita akan singgah untuk melawat Air Terjun Si Piso-Piso. Lake Toba masih kelihatan dari sini dan permandangannya amat cantik.
》Perjalanan diteruskan dan berhenti di Kebun Limau untuk memetik Buah Limau segar.
》Singgah untuk makan tengahari (2nd Lunch).
》Check in Hotel Green Garden (Menginap 1 malam di Berastagi yang sangat sejuk).
》Makan malam (2nd Dinner)
》Balik ke hotel dan berehat, tour hari kedua berakhir.


Hari Ketiga

》Sarapan Pagi di hotel (2nd Breakfast)
》Ke Pasar Buah Segar di Berastagi. Juga terdapat banyak kedai yang menjual cenderahati/souvenir, menjual jagung rebus dan bakar yang segar serta melihat kereta kuda.
》Tiba di Bukit Gundaling untuk menikmati permandangan Gunung  Sibayak yang menghijau dan Gunung Sinabung (Gunung Merapi yang masih lagi aktif).
》Ke Ladang Strawberi
》Terus ke Bandar Medan.
》Pergi melawat Masjid Raya
》Melawat Istana Maimoon
》Shopping di Pajak Ikan.
》Makan tengahari (3rd Lunch).
》Pergi ke Gedung yang khusus menjual Kain Batik dan Kain Telekung.
》Check in Hotel Madani Medan.
》Makan malam (3rd Dinner)
》Pergi ke Merdeka Walk.
》Pulang ke hotel dan berehat, tour hari ketiga berakhir.

Hari Keempaat

》Sarapan pagi (3rd Breakfast).
》Transfer ke Kuala Namo International Airport, tour hari keempat berakhir

Perjalanan selesai.
Insyaallah semua happy dan semoga berjumpa lagi.

Untuk hotel..

》Di Lake Toba. Hotel Patrajasa
》Di Berastagi. Hotel Green Garden
》Di Medan. Hotel Madani

Untuk makan...
》3 kali dinner
》3 kali lunch
》3 kali breakfast

Harga 4h3m Untuk 3 Dewasa RM530/orang
Include:
》 Private Transport
》 Termasuk driver/guide,
》 Petrol
》 Hotel ☆3 ☆4
》 Makan di restoran 3x BLD
》Ferry penyebrangan ke pulau samosir
》 Parkir dan toll
》 Bayaran pintu masuk tempat lawatan.

Makan siang malam di tanggung dan menginap 3 hotel maka aku rasa berbaloi ler tu..
Itulah intineri yang diberika oleh pemandu pelancong kami.
Kami berdoa agar semuanya dipermudahkan...dan jangan lupa beli insuran yerrr..
Bawah ini sebahagian kawasan yang kami akan lawati....macam best jer..

Nanti cerita penuh kami nanti di Medan..


PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN
DANAU TOBA

PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN
PULAU SAMOSIR

PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN
SIMARJARUNJUNG

PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN
AIR TERJUN SI PISO PISO

PERSIAPAN MELANCONG KE MEDAN
BERASTAGI


Tags:

Share:

0 comments