UPIN & IPIN : KERIS SIAMANG TUNGGAL SINOPSIS
Sebelum kita pergi secara detail apakah Keris Siamang Tunggal, pada awal filem ini dimainkan, berlaku pertempuran antara Raja Bersiong dengan Raja Inderaloka yang mempunyai Keris Siamang Tunggal tetapi beliau telah dikalahkan oleh Raja Bersiong dan  Keris Siamang Tunggal telah terpelanting ke dimensi lain iaitu bumi. Dimana Keris Siamang Tunggal ini disimpan oleh datuk Upin dan Ipin iaitu Tok Dalang.

Filem Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal ini bermula apabila Tok Dalang meminta Upin dan Ipin mengemas bilik stor lamanya. Dalam bilik stor lamanya, budak dua ketul ini menjumpai banyak keris lama dan rupanya Tok Dalang ini minatnya mengumpul keris lama. Tok Dalang  juga ada memberitahu Upin dan Ipin beliau mempunyai satu keris pelik yang dijual padanya oleh seorang tua.


Tapi Upin dan Ipin angguk jer ler…budak-budak kan bukan faham sangat. Semasa Upin dan Ipin sedang mengemas bilik stor,  kawan mereka Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti datang dan ajak main bola. Tapi Upin dan Ipin minta mereka menolong mengemas bilik stor dahulu. Semasa mengemas mereka mendengar bunyi dari kotak kayu Tok Dalang, mereka semua membukanya dan melihat ada keris didalam peti tersebu.. Ehsan cuba mengangkatnya tapi keris tersebut amat berat. Apabila tiba giliran Upin dan Ipin dengan mudah mereka mengangkatnya dan peliknya apabila mereka membuka sarung keris tersebut ianya tiada mata keris  atau tiada lok.

Semasa mereka membaca mantera yang tertulis pada hulu keris, tetiba kawasan bilik stor bergegar dan portal misteri terbentuk dan menyedut mereka ke dalam portal tersebut. Dimana portal tersebut membawa mereka ke dunia Inderaloka. Upin dan Ipin telah terpisah semasa mereka di sedut  oleh portal tersebut. Rupanya mereka di sedut oleh portal Batu Belah Batu Tertangkup Inderaloka.

Upin telah terpelanting bersama rakan yang aku tak kenal sangat namanya…hehehehehe. Dimana telah bertemu dengan anak Pak Belalang yang menyelamatkan mereka diserang oleh serangga jadian Raja Bersiong. Di mana Raja Bersiong dapat merasakan kehadiran Keris Siamang Tunggal di negara Inderaloka dan menyuruh orang suruhannya menjejaki keris tersebut.
Mereka semua disembunyikan oleh anak Pak Belalang dan pada masa yang Pak Belalang yang merupakan tukang tilik negara Inderaloka telah dipanggil oleh Raja Bersiong untuk mencari Keris Siamang Tunggal.

Pak Belalang bergegas lari kerumahnya dan ingin melarikan diri tetapi apabila ia melihat Upin sedang memegang hulu Keris Siamang Tunggal yang tidak bermata itu ia serta merta menyuruh anaknya membawa Upin berjumpa dengan Nakhoda Ragam di Pelabuhan Megah. Mereka melarikan diri melalui terowong rahsia dan Pak Belalang menyerah diri dan ditangkap oleh orang suruhan Raja Bersiong.

Manakala Ipin pula terpelanting ke kawasan lain dan berjumpa dengan Mat Jenin. Mereka ikut Mat Jenin sebab tidak ketahui hendak pergi ke mana dan lagi pun Mat Jenin telah mengambil sarung Keris Siamang Tunggal. Kenapa Mat Jenin dengan mudah mengangkat Keris Siaming Tunggal ini padahal orang lain tak mampu mengangkatnya selain Ipin dan Upin?  Persoalan ini akan dijawab nanti.  Mat Jenin ajak Ipin dan rakan-rakannya makan pisang salai. Untuk pengetahuan Ipin memegang sarung keris manakala Upin pula memegang hulu keris.

Semasa makan pisang salai di kedai Ibu Tanggang, Ipin melihat Ibu Tanggang menangis. Setelah ditanya rupanya ia sedih telah menyumpah anaknya Tanggang menjadi batu. Ipin telah katakan pada IbuTanggang agar maafkan Tanggang. Lalu Ibu Tanggang telah menangis dan memaafkan Tanggang. Dari air mata Ibu Tanggang itu tiba-tiba Keris Siamang Tunggal yang tiada mata muncul sedikt menunjukkan lok atau mata keris. Peristiwa berlaku pada Upin yang berada di Pelabuhan Megah ketika itu mencari Nakhoda Ragam.

Hati Ibu Tanggang sangat gembira tiba-tiba ia melihat awan hitam menuju ke Pulau Pisang Salainya, rupanya ikan todak menyerang. Ibu Tanggang ketahui serta merta bahawa serangan ikan todak tersebut kerana inginkan sarung Keris Siamang Tunggal yang berada di tangan Mat Jenin. Ibu Tunggal menghalau mereka pergi dan selamatkan diri mereka, biar dia dan rakan-rakan di Pulau Pisang Salai menentang ikan todak tersebut.

Dalam perjalanan melarikan diri mereka telah tiba di Pelabuhan Megah. Ketika itu Upin sedang menari bersama rakan-rakannnya memgikut gerak penyanyi yang menyanyi lagu Keris Siamang Tunggal. Memang best lagu tu. Ipin telah melihat Upin semasa masuk ke pentas tarian.. Akhirnya mereka berdua ketemu lagi.  Memang syahdu lihat mereka bertemu kembali.

Tengah syok-syok bertemu kembali, tiba-tiba orang suruhan Raja Bersiong telah tiba di Pelabuhan Megah dan menyerang mereka. Mat Jenin, Anak Pak Belalang dan penyanyi lagu tadi bergaduh dengan orang suruhan Raja Bersiong dari jelmaaan serangga. Memang kalah ler mereka.


Tiba-tiba pentas tadi berubah wajah menjadi kapal. Rupanya penyanyi tersebut adalah Nakhoda Ragam. Siapakah Nakhoda Ragam ini, akan terjawab nanti. Mereka melarikan diri tapi rakan-rakan Upin dan Ipin telah ditangkap oleh orang suruhan Raja Bersiong.  Mereka iaitu Anak Pak Belalang, Nakhoda Ragam, Mat Jenin serta Upin dan Ipin belayar menuju ke istana Raja  Bersiong dalam usaha menyelamatkan rakan-rakan Upin dan Ipin.


Tapi mereka kena cari jalan pintas untuk ke istana Raja Bersiong, oleh itu mereka terpaksa singgah di sebuah pulau yang mempunyai jalan pintas ke istana Raja Bersiong.  Akhirnya mereka tiba di pulau tersebut. Upin dan Ipin bertemu dengan Bawang Merah yang difitnah oleh kakaknya Bawang Putih. Bawang Merah tidak mahu memaafkan kakaknya Bawang Putih yang telah menfitnahnya tapi atas nasihat Upin dan Ipin  dia memaafkan kakaknya itu. Tiba-tiba Keris Siamang Tunggal yang bermata pendek tadi menjadi panjang setelah air mata Bawang Merah jatuh.

Pada masa yang sama ujudnya mata air yang membawa mereka ke istana Raja Bersiong. Maka Anak Pak Belalang, Nakhoda Ragam, Mat Jenin, Bawang Merah serta Upin dan Ipin lompat ke mata air tersebut.  Setelah tiba di istana Raja Bersiong, mereka melepaskan rakan mereka yang dipenjara serta Pak Belalang dan Bawang Putih. Namun mereka telah dikejar oleh orang suruhan Raja Bersiong.


Mat Jenin yang memegang Keris Siamang Tunggal bergegas mencari Raja Bersiong. Rupanya Mat Jenin adalah anak kepada Raja terdahulu Inderaloka sebab itu ia mempunyai kuasa memegang Keris Siamang Tunggal  selain Ipin dan Upin.  Sebelum tu dah 2 kali keris tu memanjang tapi belum lengkap bentuknya menjadi keris/lok.   Keris Siamang Tunggal menjadi bentuk yang lengkap setelah Mat Jenin dapat menerima hakikat bahawa ayahnya telah mati bukan kerana salahnya. Airmata Mat Jenin telah melengkapkan bentuk keris Siamang Tunggal.

Rupa-rupanya Nakhoda Ragam merupakan ketua panglima dalam kerajaan Inderaloka. Manakala Ibu Tanggang adalah Mak Dayang serta Pak Belalang merupakan tukang tilik negara Inderakota. Kesemua mereka saling berkait. Barulah kita fahami jalan cerita ini.

Berlakulah pertarungan antara Mat Jenin dan Raja Bersiong, pada mulanya Mat Jenin kalah teruk. Tapi setelah  ia membaca mentera yang terulis di keris Siamang Tunggal ia berubah menjadi Siamang jelmaan dan berjaya kalahkan Raja Bersiong.

Ingatkan dah habis, tapi tak habis lagi masa nak hantar Upin Dan Ipin serta rakan , Raja Bersiong muncul dan kali ini mereka berjaya kalahkan Raja Bersiong dengan pecahkan batu buntat serangga beliau. Akhirnya Upin dan Ipin serta rakan-rakan pulang melalui Batu Belah Batu Tertangkup ke Kampung Durian Runtuh….

Rating filem ini aku berikan 5/5 kerana pengisian cerita yang terbaik dan penuh nasihat.  Lagipun  perjalanan cerita ini dari mula hingga akhir tidak membosankan dan penuh aksi.  Filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal adalah filem wajib keluarga…Terbaik..





Designed By: Hanif Idrus | Templatelib