Home » » HARI KEEMPAT DI MEDAN

HARI KEEMPAT DI MEDAN

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Sunday, March 31, 2019

Hari keempat di Medan merupakan hari terakhir kami setelah 4H3M berada di sini.

Banyak pengalaman yang dapat kami kutip tentang adat dan ragam Medan. Setiap pengalaman itu mengajar kami lebih matang dalam mengenal dunia walau pun kami dah tua..hahahaha. Manusia tetap belajar walaupun umur kita meningkat kerana ilmu dan pengalaman bukan tentang umur tapi ia datang melalui kesilapan dan kejayaan.

Ceewahhh...ayat motivasi plak. Jalan kat Medan jerrr....hahahaha.

Kami bergerak meninggalkan hotel Grand Antares Indonesia pada pukul 11.00am. Kami pergi ke Pasar Ijak sebab rakan kami nak beli baju untuk baby dia. Rupanya pasar Ijak ini adalah kawasan yang besar menjual kain pasang, baju dan kalau nak buat baju pun boleh. 2 hari siap. Kaum wanita wajib lawat tempat ni ...serius.

Kemudian kami pergi mencari kuih Ambon, seorang lagi rakan kami nak. Kami singgah di Hub Market Oleh-Oleh Nusantara yang berdekatan dengan lapangan terbang Kualanamu.

Ada pelbagai oleh-oleh yang dijual disini. Kalau anda mahu membeli oleh-oleh tempatan boleh singgah ke sini. Member aku membeli kuih tradisional Medan iaitu Kuih Ambon. Banyak gak dia borong.

Kami kemudian tiba di Lapangan Terbang Kualanamu dan kami mengucapkan terima kasih pada Pak Amir yang banyak membantu kami.

Masalah kami setelah tiba di lapangan terbang ini ialah bag kami berat melebihi 7 kg. Bag aku jer dah berat hampir 9 kilo blum lagi handcarry kacang tumbuk 1 kg dan beg sandang lagi.

Tapi syukur alhamdulilah semuanya dipermudahkan hingga kami menaiki kapal terbang hingga jejak kaki di KLIA2.

Medan adalah sebuah bandar yang hebat dan wajib dilawati. Kami melawat 3 tempat sekaligus iaitu Danau Toba, Berastagi dan Kota Medan.

Nasihat aku kalau nak kepuasan kena datang untuk kali kedua dan pergi spesifik satu tempat sahaja. Tapi untuk pertama kali, wajib lawat ketiga-tiga tempat ni dan kemudian anda boleh fikir manakah yang anda mahu menetap lebih lama. Kalau aku, aku nak lepak lebih lama di Berastagi.

Mungkin aku akan ke Medan lagi tapi bawa bini aku sebab aku nak pakai baju raja Sultan Deli sama bini aku. Ala-ala bersanding kali kedua..hehehehe.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers