Hari ketiga kami berada di Berastagi. Kami bertolak dari hotel kami di Green Garden selepas sarapan.

Kawasan pertama kami pergi ialah ke pasar buah dimana pasar ini menjual pelbagai jenis buah-buahan yang tidak terdapat di Malaysia

Namun kami tak membeli apa-apa sebab kekangan berat bag untuk balik nanti. Kalau balik berat sangat, kena charge leerr..

Setelah lepak di pasar buah kami menuju ke Bukit Gundaling. Dimana kamu boleh melihat pemandangan Gunung Sinabung yang cantik sekali. Banyak gambar yang kami ambil sepanjang berada disana. Nice view.

Selepas itu kami menuju ke ladang strawberi dimana anda boleh memetik strawberi sendiri. Aku bukanlah peminat strawberi so aku amik gambar sekitar ladang tersebut.

Selepas itu kami menuju ke Medan, iaitu lokasi terakhir kami. Semasa dalam perjalanan kami singgah ke kedai durian dan makan durian Medan.

Setibanya kami di Medan, kami pergi ke kedai batik dan aku membeli batik yang dipesan oleh bini aku. Kat sana juga ada jual khat dengan kulit kambing  tak mahal sangat tapi sekali lagi kekangan berat bag menghalang kami.

Kemudian kami singgah ke istana Maimun iaitu sebuah kawasan peninggalan lama Sultan Melayu Deli. Yang bestnya kat tempat ini kita boleh mencuba pakaian diraja Istana Deli. Tapi aku tak pakai sebab kalau nak pakai biarlah sama bini aku...hehehehe. Takkan solo aku nak pakai pakaian diraja...ewahhhh.

Kemudian kami ada singgah beberapa kedai dimana rakan aku nak order blazer tapi tak ada yang sesuai. Manakala lagi satu rakan hendak keropok Belinjau. Dapat juga dia beli keropok Belinjau..payah nak menulisnya..

Kemudian kami balik ke hotel Grand Antares dan dalam pukul 7.00pm kami pergi makan. Selepas makan kami dibawa ke night market.

Kalau tengok kat Google Night Market penuh dengan gerai tapi itu beberapa tahun yang lalu. Dimana kerajaan mereka tidak membenarkan penjaja menjual diatas jalanraya. Secara automatik, night market dah makin kurang dan tak popular. Aku singgah dan lihat sunyi kawasan ini.

Kemudian kami singgah sebentar di Merdeka Walk atau di Malaysia kita panggil macam Bukit Bintang Walk.

Ia mempunyai banyak kedai makan yang gah-gah dan tempat makan atau berkumpul masyarakat Medan. Disini kita dapat lihat 2 suasana masyarakat iaitu yang elit di Merdeka Walk dan masyarakat normal.

Selepas iru kami balik ke hotel dan lepak-lepak. Esok dah nak balik ke Malaysia. Tinggal satu tempat iaitu member aku nak beli kek lapis atau kek Ambon.

Designed By: Hanif Idrus | Templatelib