HARI PERTAMA DI MEDAN

Permulaan trip untuk rakan sebaya ke Medan telah bermula. Kami bergerak seawal 6am menuju ke KLIA2 tapi rakan yang sorang lagi gerak dari Subang. 

Kami bertemu di KLIA2, rupanya flight kami delqy dari pukul 1015am hingga ke 1055am. OK ler tu, tak lama sangat..hehehehe.



Kami menaiki flight Air Asia dan tiba ke Lapangan Terbang Kualanamu pukul 11am. Aahhh....pelikkan sebab jarak waktu Indonesia dan Malaysia ialah awal 1 jam.


Pemandu kami sudah pun menanti kami sewaktu tiba di sana. Kami terus menuju ke Danau Toba. Perjalanan selama 5 jam!!! ..memang jauh betuiiii...


Sebelum itu kami makan dulu di restoran ayam penyek Cindalaras yang merupakan makanan popular orang Medan.


Memang sedap kerana ayamnya lembut dan tempenya pun sodap Terbaik...


Kemudian selepas makan kami terus ke Danau Toba.  Dalam perjalanan kami hujan sepanjang jalan. Ada beberapa tempat kami tak dapat nak pergi sebab hujan...huhuhuhh.


Tapi kami sempat singgah ke kedai kacang tumbuk iaitu PATEN yang menjual 12 jenis perasa  kacang. Aku beli satu kotak dengan harga Rup360K.


Perjalanan diteruskan lagi dan kami terus ke hotel penginapan kami iaitu Hotel Patra Comfort. Sebuah hotel yang baik dan penuh pemandangan.


Boleh ler kalau nak tidur untuk semalam. Makanan malam dan sarapan pagi disediakan di hotel ni. Cuma waktu malam di Danau Toba tiada apa-apa aktiviti dan kami cuma tidur sahaja.


Itulah aktiviti sehari di Medan. Tak banyak aktiviti kerana kami berjalan seharian di mobil selama 5 jam. Jauh betui...


Besok plan ke Pulau Samosir pula.



Tags:

Share:

0 comments