Home » » HOTEL PATRA COMFORT DANAU TOBA

HOTEL PATRA COMFORT DANAU TOBA

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, March 28, 2019

Kawasan penginapan kami sepanjang berada di Medan ialah terdiri dari 3 hotel yang disediakan oleh pihak agen pelancongan kami.

Penginapan pertama kami ialah Patra Comfort yang terletak di Danau Toba. Hotel ini  dibina pada tahun 1973 yang merupakan sebuah hotel yang agak lama.

Tapi dari segi pemandangannya aku kena akui ia terbaik sebab hotel ini berhadapan dengan Tasik Toba . Boleh ler ambil gambar dan melihat pemandangan dari kawasan pemantauan yang disediakan atau kita boleh mencari sudut yang lain.

Selain itu hotel ini juga mempunyai lukisan mural batu yang mengisahkan tradisi rakyat Medan atau Danau Toba. Kalau kau masuk dari pintu masuk pun dah ada lukisan dinding mural.

Selain itu di lobby hotel anda akan melihat sebuah peta besar Danau Toba  atau Medan dan juga sejarah Danau Toba bagaimana ia berlaku. Kita boleh pelajari sejarah Danau Toba dari hotel ini. 

Jom kita lihat keadaan bilik hotel Patra Comfort.  Dari segi fizikal kita amat berpuas hati dengan semua aset dalam  bilik kami.

Kami mendapat 2 katil dan satu katil tambahan. Walaupun ada katil tambahan tapi ruang bilik masih selesa.

Pintu belakang menuju terus ke kawasan pemandangan Danau Toba dan kawasan mainan kanak-kanak.

Kelemahan yang ketara hotel ini ialah bilik kami no 110 tiada air panas. Mak aii..pagi-pagi nak mandi punyalah terkrem satu badan..

Kelemahan kedua ialah selalu berlaku litar pintas. Menurut mereka jika hujan barulah litar pintas sering berlaku. Untuk pengetahuan sepanjang hari hujan turun di Danau Toba. 

Tapi untuk aku, air panas dan litar pintas adalah masalah yang besar. Untuk menyalahkan usia hotel bukanlah alasan yang boleh diterima. Hot Patra Comfort kena pastikan pelanggan anda semua comfort.

Hotel ini juga menyediakan makan malam dan sarapan pagi. Makan malam makanan yang disediakan simple tapi jangan terperanjat ada penyanyi main gitar masa kita tengah makan.. Aku rasa pekerja hotel kot.

Sarapan dia aku tabik sebab banyak pilihan dan semuanya sedap-sedap. Puas hati dengan sarapan hotel ni. Nampak ekslusifnya.

Rating hotel ini dari 5 bintang aku kasi 4 bintang. Walaupun ada 2 masalah besar namun aku kasi point keramahan staff mereka.


Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers