Home » » KEKALAHAN PH DI SEMENYIH TANDA PH HILANG TARI

KEKALAHAN PH DI SEMENYIH TANDA PH HILANG TARI

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Sunday, March 3, 2019

Barisan Nasional (BN) menerusi gabungan UMNO-Pas berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih selepas menang dengan majoriti 1,914 undi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Calon BN, Zakaria Hanafi memperoleh sebanyak 19,780 undi sekali gus menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Muhammad Aiman Zainali yang mendapat sebanyak 17,866 undi.



Sebab-sebab PH kalah ni aku tertarik dengan artikel mamat ni di FB. Memang benar apa yang ditulis oleh mamat ni.


Kena ingat, org bukan sokong sgt BN.

Bukan suka sangat dgn Najib.

Tapi...

apabila parti pemerintah PH:-

1. lambat ambil tindakan terhadap penghina Nabi SAW & Majlis Raja-Raja Melayu,

2. Kutuk org Melayu-Islam pemalas,

3. potong subsidi/bantuan terhadap para petani/nelayan,

4. masih belum dpt tangkap pembunuh arwah Adib,

5. masih nak mansuhkan hukuman mati mandatori,

6. masih tak dpt uruskan harga sawit pada berdaya saing,

7. tak turunkan harga tol pada harga yg munasabah pd waktu yg munasabah

8. kekalkan 2 ekor menteri yg ada fake degree

9. tak pecat Waythamoorthy & Ganabatirau

maka, mmg PH akan kalah...


Terkini pula statement Teresa Kok gesa kurangkan penanaman kelapa sawit dan tanam buluh. Tanpa data spesifik adakah buluh boleh dieksport. Aku kurang pasti....hehehe.


Sepatutnya fikirkan bagaimana nak kurangkan beban peladang kelapa sawit atau getah yang kini betul- betul sengsara dari segi ekonomi mereka.


Melalui pengamatan aku, orang melayu semakin gusar melihat masa depan mereka yang semakin suram semenjak PH ambil alih.


Tiada lagi keistimewaan untuk ahli Felda khususnya dan para petani yang rata-ratanya melayu. Pengagihan samarata oleh PH sedikit sebanyak amat memberi kesan kerana selama ni melayu bergerak atas inisiatif kerajaan.


Kini mereka harus bergerak sendiri dengan subsidi yang dibatalkan. Belum lagi isu agama islam yang kerap dikotak katikkan oleh bangsa lain. Tanpa ada tindakan keras. Memang nampak pihak polis mengambil tindakan dalam kes hina Yang Dipertuan Agung tapi ia masih tak mencukupi.


Aku harap PH sedar situasi ni. Jamgan diganggu hak-hak orang melayu yang diamalkan sejak dahulu lagi. Kau nak buat apa, kau buatlah. Tapi bila hal melayu dan hak agama di sentuh dan tidak diambil peduli inilah kesannya.


Dato Mujahid ketua Menteri Islam Malaysia aku temgok pum macam masuk air jer..hahaha. Inipun satu masalah yang bahaya, ramai melihat Dato Mujahid ni tak kuat dalam mempertahankan keislaman Malaysia.


Pendek kata melayu dah tak suka PH. Najib pun aku tak suka. Tapi sejak Rosmah tak der, Najib aku lihat OK jer.. Ni pun dah beribu kali orang beritahu jangan libatkan Rosmah dalam hal politik, dia degil sampai kalah BN. 


Ni nasihat yang sama juga rakyat berikan pada PH, jangan kacau hak melayu. PH tolong lihat bende-bende ni...


Aku sebenar dah fed up. Mana-mana parti yang pegang kuasa semua sama perangai. Bila ada kuasa semua kau lupa...huhuhuhu.

Siapa aku nak sokong pun dah tak tahu.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers