SEBAB TOK MAT MENANG PRK RANTAU DENGAN MAJORITI BESAR

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad Hasan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau buat penggal keempat selepas menewaskan tiga pencabarnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu, hari ini.

Timbalan Presiden UMNO yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu memperoleh majoriti 4,510 undi, selepas mendapat 10,397 undi.

Kemenangan yang dijangkakan kerana Tok Mat sekarang adalah Pemangku BN yang amat disukai ramai dan kerana jasanya dalam PRK yang lalu, BN menang 2 kerusi dengan mudah, Bermaksud Pakatan Harapan telah kali 3 kali dalam PRK ini.

Ini merupakan tamparan hebat pada PH kerana kekalahan demi kekalahan adalah tanda merosotnya  prestasi PH dan ia memerlukan post mortem yang kuat dari PH.

Alasan yang diberikan kenapa BN menang amat mudah iaitu ia mendapat sokongan PAS sepenuhnya dan semua pihak tahu BN menang kerana PAS menyokong dari belakang.

Alasan kedua ialah Najib yang merupakan ikon sosial media yang hebat baru-baru ini. Kalau kata Najib sahaja ia sudah tentu menjadi viral. Apa malu bossku menjadi kata-kata mainan mulut anak remaja yang merupakan tunjang kekuatan BN.

Sebenarnya itu adalah alasan yang benar tetapi alasan yang sebenar-benarnya ialah masyarakat sudah berasa bosan dengan sikap pemimpin PH yang sering mempermainkan sikap rasis dalam ceramah mereka. Bosan dengan menuduh orang melayu berpakat untuk menjatuhkan bangsa lain. Apatah lagi bila BN dan PAS mula bersatu dalam setiap PRK.

Orang melayu dah bosan mendengar tuduhan sedemikian dan apabila diprovok setiap hari sebab itu ler PH kali ketiga-tiga PRK yang lalu.  Melayu dah bosan!!!

Apatah lagi mendengar isu Statut Rom yang berpotensi menghapuskan hak-hak melayu atas dasar keadilan. Belum lagi isu Sijil UEC (Sijil Sekolah Menengah Persendirian Cina) yang diiktiraf oleh majlis peguam atau setaraf dengan STPM .

Belum lagi isu pegawai kerajaan yang akan dikurangkan dan semua pihak tahu 90% pegawai kerajaan adalah Melayu.  Apa akan jadi pada ekonomi orang melayu jika jawatan kerajaan pun diambil oleh orang asing.

Kemudian kes Tabung Haji atas campur tangan LGE yang membuat ramai tidak puas hati. Tabung Haji adalah milik melayu khususnya Islam kenapa LGE nak masuk campur. Ada Menteri Agama pun macam tak der..hehehehehe.

Ini semua adalah unsur-unsur yang menakutkan melayu walaupun Tun Mahathir dengan jelas menjelaskan kesenua perkara di atas belum terlaksana atau ditolak. Tetapi ia tetap menakutkan orang melayu kerana terdapat perancangan dalam merendahkan hak autonomi melayu di negara mereka sendiri.


Kalau nak berikan contoh banyak tetapi contoh diatas jelas menunjukkan sikap PH yang kurang mesra dengan melayu. Ada BERSATU dan AMANAH pun macam tak der untuk mempertahankan melayu. Depa semua sonyap jer...Lalu kami nak minta bantuan siapa? BN dan PAS ler...


Nasihat aku ada PH, hentikan tentang rasis ini dan teruskan dengan perjuangan asal anda. Belum setahun lebih memegang tampuk pemerintahan sudah mula menyibuk tentang rasis. Lupakan tentang itu dan bantu semua orang. Jangan sesekali mempertikaikan hak melayu dan raja-raja melayu, itu sudah tertera dalam perlembagaan so baik kita kekalkan sahaja.

Itu pandangan aku dan jika pandangan aku salah, aku minta maaf dan jika boleh PH tolong betulkan statement yang aku sebut di atas tadi. Aku memberi pendapat dan pandangan dari golongan marhain melayu yang berada disekitar aku dan ini pendapat mereka. Rata-rata mengatakan sedemikian dan ini adalah bom jangka kepada PH. Selesaikan cepat sebelum bom jangka ini meletup.

Aku menyampaikan maklumat pada PH dan gunakan maklumat ini sebaik mungkin. Jujur dalam pekerjaan dan hentikan Malaysia ini tiada wang dengan menyalahkan pihak kerajaan lama. Bosan juga...hehehhehehe.

Aku tak menyokong PH atau BN tetapi aku memberi analisa yang mungkin ahli PH takut nak utarakan.  Manakala untuk BN, strategi anda berjalan di jalan yang betul. Kekalkan.

Bukan senang nak nak jadi  pemerintah, Beza zaman jadi pembangkang  dengan pemerintah kan...hahahaha

Share:

0 comments