John Wick 3 Parabellum Sinopsis

John Wick 3 Parabellum merupakan sambungan dari filem John Wick 2 dimana beliau telah dihukum bunuh oleh sindiket jenayah antarabangsa High Table kerana membunuh Antonio iaitu anggota High Table dan paling teruk ia membunuh dikawasan larangan membunuh iaitu di Hotel Continental.

Ganjaran sebanyak 14juta telah diberikan untuk membunuhnya dan meningkat kepada 15juta. Untuk memahami filem terbaru lakonan ganas Keanu Reeves sebagai Jonathan Wick, mahu tak mahu anda terpaksa menonton filem John Wick 2. Kalau anda tak menonton filem pertama masih OK lagi sebab inti cerita John Wick 3 Parabellum bermula pada siri John Wick 2.


John Wick 3 Parabellum  banyak berkisar tentang John Wick melarikan diri dari pembunuh upahan yang mahu membunuhnya. Dan usaha beliau mencari Elders dalam membatalkan hukuman bunuh atau nama khasnya excommunicado. Itulah intipati jalan cerita ini.


John Wick 3 Parabellum  permulaan cerita memang ganas. Untuk pengetahuan filem ini adalah 18SX tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah 18 tahun.


Sebaik sahaja pukul 6pm iaitu masa terakhir beliau sebelum dibunuh. Iaitu masa yang diberikan oleh pengurus Hotel Continental New York kepadanya.  Serangan pertama ia diserang oleh pembunuh upahan cina. Memang dahsyat permulaan filem ini, John Wick berlawan pisau dengan mamat cina ni sukar aku nak bayangkan. Skill giler...terpegun..


Ada lagi, dia berlawan lagi dengan orang Rusia di perpustakaan awam. Lawan pakai buku jer. Dah ler badan mamat tu besar, memang teruk John Wick kena belasah, pakai buku pun boleh menang.


Berbalik pada usaha John Wick yang ingin mencari Elder High Table, beliau terpaksa meminta tolong kaumnya iaitu kaum Belarus dan minta di hantar ke Casablanca.


Di Casabalanca, beliau telah bertemu pengurus hotel Continental Casablanca iaitu Sofia. Dalam usaha mendapatkan bantuan Sofia beliau telah gunakan Marker atau penanda yang Sofia mahu tak mahu kena bantu John Wick. Apa itu Marker atau penanda, lebih jelas kalau anda tonton John Wick 2.


Beliau meminta bantuan Sofia untuk mencari Beracca iaitu salah satu boss besar HighTable untuk ketahui kedudukan Elders.


Watak Sofia dilakonkan oleh Catwoman Halle Berry. Dalam watak ni beliau mempunyai 2 ekor anjing pembunuh.


Beracca telah memberitahu kedudukan Elder tapi sebagai hadiah ia mahukan anjing Sofia. Sofia tak kasi, ditembaknya anjing Sofia tu. Mengamuk ler Sofia dan  John Wick terpaksa tolong. Habis satu rumah orang jahat tu kena bunuh. Satu lagi seni pembunuhan yang tragis menggunakan anjing jer..pehhhh...


Akhirnya John Wick telah bertemu dengan Elders. Syarat beliau mahu dibebaskan ialah potong jari manisnya dan berikan cincin beliau pada Elders. Dan juga harus membunuh Winston iaitu pengurus Hotel Continental yang membantunya.

Beliau bersetuju dengan syarat tersebut.
Berbalik keadaan di New York ketika John Wick ke Casablanca. Winston, Bowery King dan ketua kaum Belarus iaitu DiRector telah dilawat oleh The Adjudicator atau pengadil kerana membantu John Wick.

Winston harus lucutkan jawatan pengurus Hotel Continental dalam masa 7 hari. DiRector pula tangannya ditikam. Manakala Bowery King, telah ditikam dengan 7 potongan.

John Wick balik ke New York untuk membunuh Winston tapi beliau tak sanggup. Maka The Adjudicator telah mengarahkan pembunuhnya Zero iaitu mamat Jepun membunuh mereka.

Apakah yang berlaku pada Hotel Continental. Apakah nasib John Wick. Anda kena tonton John Wick 3 Parabellum ini.

Aku belum cerita lagi ia bergaduh dengan pasukan keselamatan High Table pakai baju perisai. Tembak tak lut bro..

Bum lagi kisah ia berlawan dengan pesilat Indonesia kembar pakai pisau jer. Belum lagi perlawanan beliau dengan Zero dan rakan-rakannya.

Rating filem ni aku berikan 4.9/5. Pertarungan old school tanps super power memang menjadi. Skill berlawan tahap gaban.
Designed By: Hanif Idrus | Templatelib