Home » » Men in Black: International

Men in Black: International

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Saturday, June 22, 2019



Men in Black: International


Men in Black: International adalah sebuah sekuen dari MIB lakonan Will Smith tetapi kali ini Men in Black: International dilakonkan oleh pelakon baru iaitu hero Thor iaitu Chris Hemworth sebagai Ejen H dan pelakon Avenger gak Valkyrie Tessa Thompson sebagai Ejen M. Manakala hero filem Taken iaitu Liam Neeson sebagai Ejen High T.



Filem ini bermula dengan siri perlawanan melawan raksasa bernama Hike oleh Ejen H dan T.  Dan kemudian ia terus berkisar tentang Ejen M semasa kecil dahulu telah terserempak dengan makhluk asing dan ia bercita-cita ingin menjadi ejen MIB dan terus memburu lokasi MIB. Akhirnya ia berjaya memasuki pejabat MIB dan ia telah ditangkap dan dilantik menjadi ejen percubaan.



Agen O iaitu ketua di New York telah mengarahkan Ejen M ke pejabat London untuk bekerja disana. Disana ia berusaha untuk menjadi ejen lapangan dan ia berjaya setelah memujuk Ejen H membawanya berjumpa  Yordex iaitu kaum Jajabia dimana mereka ditugaskan untuk menjaga beliau.



Namun malang bagi mereka kerana Yordex telah dibunuh oleh makhluk berapi yang aku tak tahu macam mana nak tulis nama mereka so aku panggil makhluk berapi jer ler. Yordex mati dalam serangan tersebut tapi ia berjaya memberi Ejen M sebuah kristal dan menuruhnya merahsiakannya.



Ejen H sedih rakannya Yordex mati dan melalui penyiasatan rupanya ia telah diracun dan Ejen H tahu siapa yang membuatnya. Lalu mereka ke Markasa dan mereka dapati pihak yang membuat racun tersebut telah mati dan hanya tinggal bidak kecil bernama Pawny.



Pawny merupakan makhluk asing catur dan telah kehilangan permaisurinya telah bertaat setia kepada Ejen H sebagai permaisurinya. pawny ini adalah watak yang kelakar, memang kelakar lihat Pawny ini beraksi...



Makhluk berapi terus memburu mereka kerana ketahui kristal tersebut berada di tangan Ejen M. dan pada masa yang sama MIB juga memburu mereka kerana  melalui footage yang di lihat mereka dapati Yordex telah memberikan kristal tersebut kepada ejen M.



Semasa mereka di kejar oleh makhluk berapi dan ejen MIB, mereka telah tersasar ke padang pasir dan secara tak sengaja kristal tersebut menjadi senjata. Rupanya senjata tersebut mampu memusnahkan planet dengan sekali tembakan jika menggunakan kuasa maksimum




Bagaimanakah mereka akan mengalahkan makhluk berapi yang mahukan senjata tersebut? Siapakah dalang dalam MIB yang bekerjasama dengan Hike?


Filem ini aku berikan 4/5 kerana jalan ceritanya ringkas sahaja dan bernasib baik kerana ia penuh komedi. Aku rasa memang trend filem Hollywood buat filem aksi atau apa pun mesti ada lawak sikit mengikut teknik filem Marvel kot..hehehehee.






Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers