Home » » Berhati-hati Dengan Free Blog Templates

Berhati-hati Dengan Free Blog Templates

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Saturday, July 13, 2019


Sebagai seorang blogger salah satu kegemaran kita ialah menukar blog templates, apatah lagi carian Google kini amat mementingkan blog templates yang responsif dan mobile friendly.

Mahu tak mahu kena cari juga blog templates yang baik dan cantik. Wajah blog yang cantik dan mudah adalah salah satu teknik blogger untuk memastikan pembaca terus kekal di blog anda.

Namun ada pembuat design blog templates yang memberi blog templates secara percuma memasukkan link mereka di dalam blog templates mereka. Bukan link untuk mencari pagejuice atau external link. Itu aku tak kisah kerana hak mereka sebagai pembina blog templates secara percuma wajib kita berikan kredit kepada mereka.

Masalahnya ia memasukkan script spam iaitu apabila kita membuka blog kita, ia akan pergi ke laman mereka. Memang benggang betul. Tak pasal-pasal blog kau dikategori sebagai spam blog pula..huhuhuhu.

Jika ini berlaku, sebagai contoh anda membuka blog anda dan tiba-tiba ia pergi ke blog bertajuk demambola. Bagaimana anda hendak buang script jahat ini.

Caranya mudah dan memerlukan sikit pengetahuan tentang HTML. Dimana anda pergi ke THEME dan kemudian klik EDIT HTML. Ia akan membawa anda ke laman HTML blog anda.

Taip Control F dan kemudian akan keluar kotak kecil carian. Taip nama blog spam iaitu demambola tersebut maka anda pasti akan menjumpai satu script yang tertera blog spam tersebut. Contoh adalah gambar di atas bentuk script spam tersebut.

Apalagi anda padamkan script tersebut dan tekan save. Siap. Blog anda kini bebas spam blog jahat...hehehehe.

Kadang-kadang aku meluat melihat pembuat design yang tak amanah. Kau nak berikan orang free blog templates maka berikan ajer ler. Jangan kau sampai spam blog kita pula. Mencik aku orang macam ni..huhuhuhu.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers