Home » » Gear P Auto Tersangkut. Cara Atasinya

Gear P Auto Tersangkut. Cara Atasinya

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Monday, July 15, 2019

Gear P Auto Tersangkut. Cara Atasinya

Sudah lima tahun aku memandu kereta gear auto apabila aku mengambil SAGA FLXSE mengganti kereta turbo manual aku. Selama 5 tahun kereta ini tidak memberi apa-apa masalah pada aku dan tugas aku pastikanminyak hitam dan minyak gear box CVVT ditukar mengikut jadual.

Tiba-tiba pada bula lepas semasa aku balik tengok wayang bersama isteri aku, pedal gear P aku tak boleh nak masuk atau sangkut, biasanya kalau tekan brek aku boleh tolak ke D tapi ia tak mahu....huhuhu. Alamak!!! aku panik dan aku matikan enjin dan start balik, sama juga.
Gear P Auto Tersangkut. Cara Atasinya



Nasib baik aku tahu kereta SAGA FLX SE ini ada ada bypass gear lock.Lalu aku amik kunci aku dan tekan lubang bypass gear lock dan tukar ke N. Pehhhh..dah boleh balik ke rumah .

Pada gambar diatas kedudukan bypass SAGA FLX  adalah pada ruangan yang berkotak. Dia ada penutupnya dan kau cabut. Lepas tu kau kena tekan bypass gear lock. Aku gunakan kunci kat sebelah gambar tu dan sambil tolak gear aku. Gear kamu dah berubah ke N maka jangan tekan lagi.


Kau masih boleh boleh start kereta jika pedal gear anda di P atau N. So sementara aku belum repair aku letak kat N jer ler. Tapi pastikan tarik handbrake kalau tak mengelongsor kereta kau nanti...hehehe. Kalau aku tersalah letak kat P, maka gunakan teknik diatas tu semula.

Gear P Auto Tersangkut. Cara Atasinya

So tadi pagi aku cuti, aku pergi ke pomen  nak repair pedal gear P aku ni, aku kata gear P aku susah nak masuk. Hati pun risau gak sebab otak dah pikir ni mesti gearbox aku problem ini. Mahu terbang riban-riban nanti. Rupanya mamat pomen itu kata :

Boss, spring pada pedal u dah loss ler. Kena tukar baru satu batang. Harga dalam RM100-RM120,

Aku kata OK ler, aku fikir mesti lama nak tukar sebab nak tukar satu batang pedal spring. Alamak, rupanya dia tukar pedal gear gambar kat atas. Dia cabut pedal aku dan masukkan pedal gear yang baru dan siap!!!

Aiik!! mudahnya sekali. Ia panggil ini switch break..ooohh..baru aku paham. Itulah kisah cara atasi masalah kalau pedal Gear P kau tersangkut. Pertama kena ketahui mana lubang bypass gear lock. Semua kereta selepas 2014 semua ada bypass ini. Kedua, jika berlaku jangan tukar enjin plak, tukar spring kat dalam pedal gear tu...hehehe.




Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers