Home » » GOOGLE ADSENSE TETAP PILIHAN TERBAIK

GOOGLE ADSENSE TETAP PILIHAN TERBAIK

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Wednesday, July 24, 2019



Sebagai seorang blogger sudah tentu mengenali apa itu Google Adsense. Untuk aku secara peribadi sudah memiliki akaun Google Adsense melebihi 7 tahun.

Pilihan utama sebagai blogger sudah tentu ingin mendapatkan Google Adsense. Mendapat akaun Google Adsense merupakan kepuasan sebagai blogger sebab bukan mudah nak dapat kelulusan akaun Google Adsense ni.

Dahulu pun susah sekarang lagi susah kerana kriteria yang diberikan makin lama makin ketat.

Tetapi kita punyai banyak pilihan lain seperti Nuffnang atau Bidvester sebagai pilihan utama kita. Kalau anda pilih Nuffnang, kecil jer pendapatan sebab bayar dalam RM dan jika anda pilih Bidvester ia kasi iklan yang bukan-bukan..ahaks.

Tetapi Google Adsense ini kita boleh kategorikan iklan yang kita mahu dan tak mahu. Sebagai contoh? Iklan arak kita tak mahu maka kita boleh block jer. 
Dan ia bayar dalam US dolar..

Sekarang ni Google Adsense aku menjana pendapatan sebanyak 10 dolar sehari iaitu pencapaian yang cukup lama aku tidak perolehi selepas aku menukar domain Hanif Idrus ke dot com.

Masalah Google Adsense ini ialah kalau kau guna blogspot ia mudah terima dan jika kau tukar domain akaun Google  Adsense kau tak berguna sebab akaun kau jenis host iaitu hanya untuk blogspot sahaja. Boleh minta tukar kepada full akaun tapi hingga sekarang kena reject sebab bermacam-macam serta tak  der niche.

Maka pendapatan aku hanya US0.02  sehari...huhuhuhu. Itupun melalui blog-blog yang lain.

Dan kini ia semakin stabil dengan pendapatan harian US10 dollar. Ada ler sesekali dapat lebih tapi amat jarang sekali.

Ada orang menyara kehidupan dengan hanya bergantung pada Google Adsense sahaja dan pendapatan dia pula memang awesome. Tak kira sebagai blogger atau Youtuber sebab keduanya link dengan Google Adsense.

Tapi aku dulu pasang niat, cukuplah kalau dapat US10 sehari. Dapat..tapi itulah aku dapat...hahahaha. Tapi aku tetap bersyukur dengan segala rezeki olehNya.

Kesimpulannya, bukan mudah untuk menjana pendapatan melalui blogging. Kena sabau dan ada ilmu blogging.  

Kadang-kadang sedikit kesilapan habis Google Adsense kau kena block atau blog kau di blacklist oleh Google Adsense.

Kadang-kadang tak sampai setahun, kau boleh menjana pendapatan beratus ringgit sehari. Nasib ler..

Macam aku dapat US10 sehari setelah  10 tahun blogging...hahahaha...

Rezeki itu kerja Allah dan kerja kita doa dan usaha. Amin.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers