Home » » MAKEOVER HALAMAN RUMAH JADI AWESOME

MAKEOVER HALAMAN RUMAH JADI AWESOME

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Monday, July 22, 2019

SEBELUM

SELEPAS

Hari ini nak sharing makeover halaman rumah jadi awesome. Halaman rumah kadangkala jika terlalu banyak barangan akan menjadi sempit dan nak parking kereta pun susah.

Dulu zaman tengah kecoh buat air terjun kat halaman rumah kononnya ketenangan jiwa lagi tapi menyempitkan halaman rumah kau. Dah ler kena tukar air dan kalau kau gatal pelihara ikan dalam kolam air terjun satu hal nak kena kasi ikan makan dan bersihkan air kolam tu.

Gambar kat atas aku suka lihat makeover rumah yang simple ini. Sebelum di renovate ia mempunyai sliding door dan pintu kecik. Sliding door adalah alat wajib kalau kita beli rumah kan. Sliding door sebenarnya bagus kalau nak pindahkan barang yang besau-besau.

Tapi renovation tuan rumah ni ia buang sliding door dan ganti dengan pintu besar. Manakala pintu tambahan dia buang dan buat dinding. Maka keseluruhan dinding rumah itu hanya ada satu pintu besar. Dan jika anda lihat tiada tingkap kan, itu istimewanya yang membuat rumah ini nampak besar..

Lepas tu kat dinding rumah tu ia pasang tiles jenis kayu dan susunan yang dibuat pun cantik sangat. Manakala lantai pula ia tiles dengan tiles hitam so ada kontras yang menarik.

Tanah-tanah lebihan dan tong sampah extra semuanya di simen dan di buang so keluasan halaman menjadi lebih besar dan di maksimumkan.

Yang aku suka tengok ialah pagar rumah tidak dibuang tapi diupgradekan menjadi lebih mewah dan kemas. Kalau kau tengok ingatkan pagar baru tapi sebenarnya ia pagar lama. Tak membazir tuan rumah ini..hehehehehe. Dan pagar besi yang kecik tu dibuang dan buat dinding..

Tembok rumah pun di tileskan warna krim so rumah tak terlalu gelap dengan halaman lantai yang berwarna hitam. Sekali lagi kontra warna yang menarik..

Kos untuk makeover halaman rumah ini tak banyak, hanya ubahsuai pintu pagar, beli pintu besar (ada yang murah dan mahal, terpulang pada anda ler) dan buat sikit tembok. Yang leceh pasang tiles ler..kalau tembok rumah tak mahu pakai tiles lagi murah budget...

Mula-mula kontraktor pun pelik kenapa tak nak buat tingkap, tapi bila dah siap tanpa tingkap. Kau nampak kelaianannya kan. Cahaya tetap masuk bila kau buka pintu so tiada masalah, lagi pun tingkap kat dapur sudh cukup terangkan rumah.

Untuk aku ia renovation yang berani dan lain, terpulang pada pemilik rumah yang mahukan kelainan pada rumah mereka. Tapi kadangkala kelainan itu membuat ia jadi awesome...Betul kan.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers