Home » » P'hancious Perfume Minyak Wangi Ciptaan Pelajar Sekolah SMK Seri Mahkota Melaka.

P'hancious Perfume Minyak Wangi Ciptaan Pelajar Sekolah SMK Seri Mahkota Melaka.

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, July 18, 2019

sMK SERI MAHKOTA, UMBAI, MELAKA
Zaman sekarang ini budak-budak sekolah dah advance melampau sampai buat projek sains minyak wangi. Anak -perempuan aku ni sekarang tengah lorat menjual minyak wangi ciptaan pelajar sekolah mereka iaitu SMK SERI MAHKOTA, UMBAI, MELAKA.

Nama minyak mereka ialah P'hancious Perfume. nama pun dahsyat gak.Aku cari kat Google tak jumpa makna dia pula..hehehehe.

Dari statement mereka minyak wangi mereka ni memang hebat , boleh tahan satu hari tak hilang bau.Cuma aku belum lagi mencuba memakainya tapi aku dah order 2 botol dari anak aku ni.

Terdapat 4 jenis wangian iaitu Lugorious,Veince,Frankiest dan Hustly. Terdapat warna botol tersebut iaitu hitam dan putih dimana warna hitam untuk lelaki dan warna putih untuk perempuan.

Standard warna untuk budak sekolah..hehehehe. Kalau aku pilih warna pink atau biru. Pink untuk wanita dan biru lelaki. Kecerahan warna lebih menyerlahkan dan mainan psikologi untuk pembeli.

Yang paling penting boleh bawa untuk bersolat. Wow!! Memudahkan anda yang beragama muslim.

Lagi satu labelling macam tak der jer, kalau ada labelling lagi ngam. Bab labelling ni boleh kasi kat budak-budak ini sebab remaja ideanya kreatif, tak macam aku idea 80an..kekekeke. Dan juga kotak tak disediakan untuk packing minyak wangi ini.

Banyak demand kau Hanif oiiii..inikan projek sekolah takkan nak buat semua tu. Tapi aku rasa kalau betullah minyak wangi ini memang hebat, bagus untuk pasaran. Tak per, biar aku cuba dulu dan nanti aku kasi testimoni.

Walau apapun aku bangga dengan anak aku dan semua pelajar yang terlibat dalam projek ini. Tak dilupa guru yang memberi tunjuk ajar kepada mereka hingga berjaya menghasilkan minyak wangi ciptaan mereka sendiri.

Kau orang tahu ker buat minyak wangi, tak calang-calang orang boleh buat melainkan yang ada ilmu buat minyak wangi tahu...hemmmm...Hebat pelajar SMK SERI MAHKOTA, UMBAI, MELAKA.

Usaha dan dedikasi mereka adalah kunci kejayaan mereka menghasilkan minyak wangi ini, Sebagai tanda sokongan belilah produk mereka ni kat kedai koperasi mereka. 

Akhir kata, aku tabik spring pada pelajar-pelajar ini. Tak sabar rasanya nak mencuba minyak wangi ini. Tak sabar nak buat testimoni minyak wangi ini. Abah proud of you Hanis Hanif!!!

P'hancious Perfume Minyak Wangi







Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers