Home » » Spider-Man: Far From Home

Spider-Man: Far From Home

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Friday, July 5, 2019




Spider-Man: Far From Home Sinopsis

Filem terbaru Marvel yang baru ditayangkan iaitu Spider-Man: Far From Home merupakan filem kedua siri Spiderman ala marvel Avenger. sudah tentu semua pihak mahu menonton filem ini apatah lagi peminat Avenger.

Filem ini berkisar selepas kemenangan Avenger melawan Thanos dan kemunculan kembali manusia yang telah dilenyapkan selama 5 tahun. Manusia yang lenyap ini digelar The Blip dimana apabila mereka kembali selepas 5 tahun, umur mereka masih lagi tidak berubah tetapi rakan-rakan mereka yang tidak hilang telah berusia lebih 5 tahun.

Peter Parker masih lagi bersedih atas kehilangan Iron Man iaitu gurunya itu yang telah menyelamatkan nyawanya. Dalam filem ini makciknya May telah mengetahui Peter adalah Spider Man kalau anda melihat dalam filem pertamanya itu.Happy iaitu orang kuat Tony Spark banyak membantu Peter dalam filem ini.

Spider-Man: Far From Home kena dengan tajuk kerana aksi perlawanan mereka ialah diluar Amerika iaitu di Venice, Prague dan London. Dimana Peter mengikuti lawatan sambil belajar kelasnya ke luar negara. Pada masa yang sama Nick Fury beberapa kali menelepon peter tapi tidak dilayan kerana Peter mahu menumpukan perhatian memikat MJ wanita yang disukainya. Pelbagai rancangan telah dirancang untuk memikat MJ namun semua tergendala apabila Nick Fury telah memaksa Spiderman menolongnya melawan makhkluk dari dimensi lain iaitu Elemantal  iaitu Hydron adalah penguasa atas air, Hellfire adalah pengguna api, Magnum adalah penguasa Bumi dan Zephyr adalah angin.

Beliau telah berkenalan dengan pejuang dimensi yang melawan Elemental iaitu Beck atau Mysterio yang telah mengalahkan bumi dan angin dan Spiderman terlibat membantu Mysterio semasa ia melawan Hydron di Venice. Memang best melihat pertarungan Mysterio melawan Hydron sambil dibantu oleh Peter yang secara tak langsung terpaksa membantu menyelamatkan orang awam.

Nick Fury telah meminta Peter membantu mereka melawan musuh terakhir iaitu Hellfire yang akan menyerang Prague teapi Peter menolaknya kerana ia mahu menumpukan perhatian pada MJ. Namun Nick Fury telah menukar jadual lawatan kelas mereka ke Prague.

Mahu tak mahu ia terpaksa membantu Mysterio melawan Hellfire dan perlawanan tersebut memang awesome. Dan mereka berjaya mengalahkan Hellfire. Semasa membantu Mysterio melawan Helffire ada satu alatan tercampak dan dijumpai oleh MJ.

Sebelum itu Peter juga telah menerima hadiah dari Tony Stark iaitu cermin mata tetapi di dalam cermin mata tersebut ia adalah super komputer bernama EDITH yang diserahkan oleh Tony Stark kepada Peter dimana ia menguaso Sekuriti Global Stark Industri. Power ahhh!!!

Setelah mengalahkan Hellfire, Peter berpendapat bahawa ia tidak layak memegang kuasa yang terlalu EDITH lalu ia telah menyerahkan pada Mysterio tetapi rupanya Mysterio adalah pihak jahat. Bagaimana Peter mengetahuinya ialah apabila MJ tunjukkan alat yang berupa projektor. Rupanya makhluk dimensi Elemantal adalah teknologi hologram yang senagaja di lakonkan oleh Beck.

Spiderman ingin memberitahu Nick Fury dengan segera, lalu pergi ke Berlin tetapi beliau telah dikalahkan oleh Mysterio.


Setelah dikalahkan beliau telah meminta Happy membantunya kerana semasa pertarungan dengan Mysterio beliau secara tidak sengaja telah memberitahu bahawa MJ dan sidekicknya Leed ketahui tentang penipuan Mysterio. Dimana Mysterio telah menukar lawatan kelas mereka ke London. Mysterio berniat untuk melakukan serangan terakhir di London setelah menguasai EDITH dan pada masa yang sama ia akan membunuh rakan Spiderman.

Spiderman telah meminta Happy membantunya dan melawan Mysterio di London. Apakah yang berlaku di London? Kena saksi sendiri ler.

Aksi perlawanan Spiderman boleh dikatakan hebat dimana yang pertama di Venice, kedua di Prague, ketiga di Berlin dimana beliau dikalahkan oleh ilusi hologram dan terakhir dan terhebat di London. Sepanjang filem Spider-Man: Far From Home penuh aksi yang menarik. Tak dilupa kostum Spiderman kali ini macam-macam..kat prague warna hitam..

Dan filem ini juga masih kekal dengan sikap blur Peter parker dan komedi yang baik. Memang terbaik!! Tidak dilupakan MJ telah mengetahui Peter adalah Spiderman.

Filem wajib tonton kalau anda peminat marvel.. Rating aku kasi 4.9/5.






Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers