Home » » Ubahasuai Bilik Landskap ke Bilik Bacaan

Ubahasuai Bilik Landskap ke Bilik Bacaan

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Tuesday, July 16, 2019

Ubahasuai Bilik Landskap ke Bilik Bacaan

Sejak dari dahulu impian aku ialah mempunyai bilik bacaan lengkap dengan komputer dan meja serta bilik itu dipenuhi dengan gambar frame keluarga.Akhirnya impian aku tercapai dengan mengubahsuai bilik landskap kami kepada bilik bacaan seperti gambar diatas.

Puas dapat duduk dan membuat kerja dalam bilik bacaan seperti ini. Umpama kawasan khas untuk merehatkan badan tanpa gangguan sesiapa. Syukur alhamdulilah dikurniakan Allah rezeki untuk aku merelisasikan impian ini.

Yang seronok sekali ialah dapat gantung gambar keluarga dan juga gambar abstrak aku sebagai fotografi...hehehehehe. Bila lagi nak tunjuk bakat aku sebagai fotografi kalau gambar aku tak terpampang satu sudut khas. Aku rasa semua impian fotografer kalau boleh setiap gambar yang mereka ambil mesti nakframekan..Betul tak?

Bukan berlagak yer sebab gambar aku bukannya cantik sangat pun  tapi nak lihat hasil kita dalam bentuk sekeping kertas, sebab hasil yang terbaik ialah gambat tersebut di atas sekeping kertas. macam pelukis yang melukis dikanvas berbanding kalau lihat digital, mana lebih kepuasannya. Sudah tentu gambar yang berbentuk fizikal kan.

Ubahasuai Bilik Landskap ke Bilik Bacaan

Beginilah gambar lama kawasan landskap dalam rumah aku dahulu. Sebuah bilik khas dalam rumah tanpa bumbung kononnya boleh tanam pokok bunga, tapi bila hujan lubang air tu selalu tersumbat. Mana taknya kadang-kadang daun dari luar masuk ke bilik landskap aku ni.

Cat memang terkopek ler sebab kena matahari dan hujan selalu. Ada sekali tikus atau burung jatuh dari bumbung rumah masuk ke bilik landskap. Paling payah kalau nak tangkap tikus cencorot tu...hehehehehe.

Itulah pengalaman sepuluh tahun lalu masa bilik landskap tu kami ubahsuai..hahahaha. Lepas sepuluh tahun baru kami nak ubahsuai rumah sikit. Itu semua rezeki dari Allah.

Pebubahsuaian bolehjuga dilakukan jika anda mempunyai bilik stor atau bilik kecil kalau nak buat bilik bacaan atau bilik privasi kau orang ler. Atau ada anak boleh buat sebagi bilik ulangkaji ..

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers