Home » » Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw

Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Wednesday, August 7, 2019


Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw merupakan kesinambungan terbaru francais Fast And Furious terbaru tetapi kali ini khas untuk Hobb dan Shaw. Rasanya tak perlu aku perkenalkan siapa mereka berdua ini kerana kedua-duanya memainkan peranan yang penting dalam siri francais Fat And Furious.

Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw kali ini berkisar tentang mencari virus merbahaya iaitu Snowflake yang boleh membunuh jutaan manusia. Malangnya virus tersebut berada di dalam tubuh adik Shaw iaitu Hattie yang dikhianati dan dituduh membunuh ahli-ahli sekerjanya untuk memperolehi virus tersebut. Tugas Hobbdan Shaw ialah mendapatkan virus tersebut. Jalan ceritanya mudah tetapi isi cerita filem ini terbaik. Aku kasi rating 4.8/5.

Malangnya pihak kerajaan Amerika dan Britain terpaksa memint abantuan Hobb dan Shaw kerana mereka berupaya mencari virus tersebut. Pertembungan mereka berdua memang cukup kelakar kerana masing-masing mengutuk sesama sendiri dengan kasar.


The Rock Dwayne Johnson is quite buff I agree, and a very fine looking Polynesian celebrity, but I also really like his sidekick Shaw a lot. He is a funny fellow. In fact, the two of them together make a great team when it comes to comedy. I was cracking up the whole time in the theater. And to think that they actually end up becoming a band of unlikely heroes by joining forces with Shaw's sister, the stealthy spy lady who helps them by tracking down a deadly virus and extracting it before it falls into the hands of the villain.


Cuba lihat review yang diberikan oleh penonton betapa kelakarnya apabila mereka bergaduh dan mengutuk. Untuk aku inilah kekuatan yang kerap diterapkan oleh pengarah dalam filem ini hingga kita enjoy melihat filem ini.

Dalam siri  Fast And Furious pastinya akan ujud penjahat dan kali ini dalam filem Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw ini musuh ketat mereka manusia bionik iaitu Brixton yang mempunyai kekuatan luarbiasa hasil teknologi moden.yang bekerja dengan organizasi gelap iaitu Atheon yang mencipta virus tersebut. Mereka cuba mendapatkan semula virus tersebut dari adik Shaw.

Fast And Furious tidak layak dibawa ke panggung jika tiada kelajuan dan kali ini ialah Shaw membawa Mclaren dikejar oleh mush-musuhnya di sekitar bandar London dan lalui bawah treler. Terbaik. Manakala Hobb pula membawa lori yang dikejar oleh penjahat. Belum lagi kereta-kereta menarik helikopter....terperanjat kereta tarik helikopter, betul dan aku tak tipu ..

aksi lawan oleh Shaw yang mempunyai seni pertahan diri dan aksi Hobb yang menggunakan kekuatan ternyata memberi satu impak yang menarik. Kedua-duanya bersaing hendak menunjukkan betapa kuatnya mereka.

Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw menunjukkan kebudayaan Samoa iaitu suku kaum The Rock. Kali ini negara yang ditunjukkan ialah budaya kaum Samao. Kalau Van Diesel pasti Amerika Latin. Inilah kelainan dalam filem ini. Dimana Hobb balik ke kampung halamannya untuk meminta pertolongan adiknya yang tidak berjumpa selama 25 tahun. Kasihan melihat Hobb kena tumbuk dengan adiknya.

Aku rasa anda wajib menonton filem Fast And Furious Presents: Hobbs And Shaw.



Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers