Home » » KIOSK SELF SERVICE MCDONALD SATU KESILAPAN

KIOSK SELF SERVICE MCDONALD SATU KESILAPAN

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, August 1, 2019

KIOSK SELF SERVICE MCDONALD SATU KESILAPAN


Baru-baru ini McDonald ada membuat pembaharuan dalam sistem pembayarannya dengan menwujudkan kiosk pembelian, maka pembeli tidak perlu beratur untuk membeli makanan.

Aku secara peribadi dah banyak kali gunakan kiosk McDonald ini dan secara teori ianya nampak bagus tetapi pada minggu lepas aku mendapati kiosk ini memberi masalah pada pengguna.

Sebelum kita berbicara lebih lanjut, cara penggunaan Kisok ini amat mudah iaitu anda hanya perlu memilih apa anda nak makan samada set atau al-carte. Masalah timbul bila timbul cara pembayaran iaitu ia mesti dibayar dengan kad dan jika anda bawa tunai maka anda harus mengambil resit tersebut dan beratur bayar di kaunter.

Pada satu hari aku pergi ke McDonald kegemaran aku nak makan Spicy Chicken dia tu. Aku tengok begitu ramai orang didepan kaunter. Seperti baisa aku ambil tempahan kiosk McDonald dan bayar membayar pakai kad waze ler.

Sepatutnya kalau kita  ambil tempahan melalui kiosk McDonald, pekerja McDonald akan menghantar makanan kepad anda. Tetapi kali ini ia tak hantau sebab terlalu ramai pelanggan di depan kaunter menunggu nak ambil makanan. Lalu aku pun tunggu seperti pelanggan yang lain. Penungguan yang agak lama iiatu dalam 30 minit.

Semasa menunggu aku dapat melihat kelemahan sistem kiosk McDonald ini.
Pertama sistem kiosk McDonald tidak mesra pelanggan dimana pelanggan yang membawa wang tunai terpaksa beratur untuk membayar harga makanan. Setelah bayar, ia terpaksa tunggu pula untuk mendapatkan makanan.

Untuk pengguna yang bayar melalui Wave lebih bertuah sebab hidangan anda lebih awal disediakan berbanding yang membawa wang tunai.Sebab hidangan mereka akan hanya disediakan jika bayaran telah dilakukan.

Tak pasal-pasal pengguna bayaran tunai kena beratur dan lepas tu kena tunggu lagi. dan paling hampeh dah ler kau datang awal tetapi yang bayar pakai Wave dapat dulu. Inilah kelemahan yang paling ketara aku dapat lihat. Kalau dulu semua orang beratur, dan yang datang awal pasti dapat dahulu. Sistem Q lagi bagus jika melibatkan wang tunai.


Kedua, Kesesakan di kaunter McDonald aku dapat lihat ialah berpunca dari kiosk McDonald juag. Dimana perkhidmatan kiosk McDonald memudahkan pengguna membuat tempahan serentak 4 atau lima orang jika terdapat banyak kiosk McDonald.

Inilah punca kesesakan kaunter McDonald dimana kadar tempahan lagi laju dari kadar penyediaan makanan. Maka sesaklah kaunter McDonald. padahal ianya sama sahaja jumlah  harian pengunjung cuma pengunjung lagi laju dari pekerja penyediaan makanan.


Dengan sistem kiosk McDonald yang menambahkan masalah kepada pengguna, aku rasa bila pengguna bosan mereka tak datang lagi ke McDonald. Teori memang cantik, bila dikaji ianya memberi masalah besar kepada Mc Donald. Bukan sekali aku dengar pengguna McDonald beratur sampai keluar pintu tapi banyak kali. So isu ini bukan isu terpencil.

Kiosk McDonald ini bagus tetapi tidak berjalan lancar bila melibatkan pelanggan yang ramai.
Penyelesaian yang aku nampak ialah tambahkan pekerja di bahagian dapur supaya lebih efisen dan cepat menyediakan makanan. Kalau tak, sampai bila-bila macam ni kerana kiosk lebih laju dari pekerja penyediaan makanan.

Atau nak lebih mudah, kurangkan kiosk McDonald di setiap bahagian mengikut nisbah keupayaan pekerja dapur. Mungkin kadar kelajuan penyediaan makanan setara dengan 2 kiosk McDonald, jika lebih maka pelanggan ken atunggu. Lebih baik pelanggan beratur di  kiosk McDonald dari stress tunggu makanan. Ini psikologi..hehehehehe.

Penyelesaian lain ialah pelanggan boleh membuat bayaran tunai di kiosk McDonald. Sebagai contoh ialah kiosk GSC Cinema dimana kiosk mereka menerima wang tunai. Maka dapat kurangkan pekerja di bahagian kaunter. Aku pun tak faham, masa mula-mula buat kiosk McDonald ini kenapa tak reka untuk wang tunai sekali.

Rakyat Malaysia bukan tak pandai guna Wave tetapi kebanyakkan tidak percaya dengan teknologi ini. Kena kaji ler budaya rakyat Malaysia. Ini kau terus buat Wave tanpa bayaran tunai.

McDonald kena fikir jalan terbaik untuk atasi masalah ini jika  berlaku lambajkan pembeli datang ke sana. Kau orang ada buat study ker..hehehehehehehe





Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers