Home » » SURABAYA DAY TWO- BROMO

SURABAYA DAY TWO- BROMO

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Monday, August 19, 2019


bromo
BERSIAP SEDIA NAIK KEPUNCAK BROMOR

Hari kedua bermula pada pukul 12.00am. Sempat tidur 2 jam sahaja kerana kami hendak pergi Bromor dari Malang mengambil masa 5 jam. Kami harus berada seawal 5am jika mahu melihat matahari terbit dipuncak gunung Bromor.

Artikel ini aku khususkan hanya aktiviti di Bromo sahaja kerana aktiviti hari kedua kami memang panjang dari pukul 12.00am hingga 7pm. Lebih  baik aku kongsi kisah di Bromo sahaja kerana keindahan dan gambar yang harus aku tulis di artikel ni.

Kami bertolak dari hotel ke Bromor tepat pukul 12am menuju ke Bromor dan pertengahan jalan kami bertukar ke jip. Kemudian jip membawa kami ke kaki gunung Bromor dan setelah bersiap sedia dalam pukul 1.30am kami bergerak ke puncak Gunung Bromor.

Aku sempat beli sarung tangan dan penutup kepala sebab memang sejuk sangat. Nasib baik member aku kasi pinjam penutup muka. Maka lengkaplah pakaian sejuk aku.

Pengalaman yang menarik walaupun menggunakan jalan tar tetapi waktu malam hanya kabus sahaja dihadapan. Kami pun hairan macam mana debar tu boleh nampak jalan.

bromo
KELENGKAPAN SEJUK KAMI..

Kami tiba dipuncak Gunung Bromo pukul 3am. Dan sementara nak pergi mendaki ke puncak Gunung Bromo dalam pukul 5.30am kami berehat dulu di warung. Sempat ler makan maggi bakso dan kopi hitam serta panaskan badan pakai arang yang disediakan.

Suasana memang sejuk bangat, bukan tahap sejuk sikit-sikit. Ni sejuk sampai ke tulang. Nasib baik aku pakai semua kelengkapan. 

Pada pukul 5.30am kami semua mula mendaki yang memakan masa 10minit sahaja. Tapi payahnya macam tak  der nafas. Habis stamina aku daki denai 10minit..hehehehe.

Apabila sampai dipuncak. Wow!!! Indahnya ciptaan Allah kurniakan pada bumi ini. Melihat lantai awan di puncak gunung serta melihat matahari terbit disebalik gunung-ganang. Aku tak dapat bayangkan dengan kata-kata keindahan di puncak ni.

Disini aku kongsikan 2 gambar di puncak Gunung Bromo.


Setelah selesai kami dipuncal gunung Bromo yang indah. Kami turun dari puncak dan menuju ke kawasan gumjmg ganang yang sekali lagi di hidang dengan keindahan alam.

Ini adalah kawasan wajib kalau nak bergambar dengan jip kerana latar belakang kawasan lapang tersebut ialah gunung dengan alunan yang menarik.

bromo
BERGAMBAR DIATAS JIP



Kemudian setelah bergambar di kawasan lapang tersebut. Kami menuju ke kawah gunung berapi.

Jip akan memberhentikan kami di stesen hentian. Anda terpaksa berjalan kaki ke sana atau menaiki kuda ke  tangga kawah gunung berapi.

Kemudian anda akan menaiki tangga ke atas kawah gunung berapi. Yang ni aku tak sanggup naik tangga cerun..

Aku cuma sempat naik kuda pergi kesan dan rakan aku yang naik ke kawah gunung berapi.

bromo
TANGGA NAIK KE KAWAH

bromo
KAWAH GUNUNG BERAPI

bromo
KUDA PENAT MEMBAWA AKU

Kasihan aku tengok kuda tu. Payah dia nak bawa aku. Aku serik nak naik kuda lagi..

Setelah selesai rakan aku menaiki kawah gunung berapi yang aktif itu. Kami kemudian pergi ke padang berbisik.

Ianya sebuah padang pasir gunung berapi dan khabarnya ia mendapat jolokan padang berbisik ialah ketika angin kencang anda akan mendengar macam suara bisikan.

Sekali lagi kami di buaikan oleh kecantikan alam semulajadi. Kami bergambar sekejap sahaja.




Selepas itu kami menuju ke kawasan terakhir iaitu Bukit Teletubbies. Kami ambil gambar sahaja.

Sebemarnya kami letih tapi kami pergi juga layan pergi tempat-tempat tersebut agar tak rugi nanti..hehehe.

bromo
BUKIT TELETUBBIES

bromo
HENSEM MAN BERGAMBAR

Akhirnya kami meninggalkan Bromo dengan seribu kenangan manis dan rendah diri melihat kehebatan ciptaan Allah.









Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers