Home » » FILAM LAKONAN TERBARU WILL SMITH GEMINI MAN

FILAM LAKONAN TERBARU WILL SMITH GEMINI MAN

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Monday, October 21, 2019

GEMINI MAN

Filem terbaru lakonan Will Smith yang membawa watak Henry Brogan iaitu seorang pembunuh upahan DIA yang mahu bersara. Tetapi sebelum beliau bersar , beliau telah melaksanakan tugasan terakhir membunuh seorang pengganas dari kereta api laju..hebatkan.

Namun persaraan beliau terpaksa ditangguhkan kerana agensi yang belau kerja cuba membunuhnya. Malah agensi tersebut telah mebunuh rakan baiknya Jack yang memberitahu bahwa lelaki yang beliau bunuh itu sebenarnya bukan pengganas tetapi seorang saintis khusus dalam klon teknologi.

Pihak agensi terpaksa membunuh Henry kerana rahsia mereka telah terbaongkar kerana mereka telah membuat eksperimen klon yang diharamkan bersama syarikat swasta bernama Gemini dibawah penyeliaan Clay Verris.

Clay sebagai tuan punya syarikat tentera upahan bernama Gemini telah menghantar seorang pembunuh upahan untuk membunuh Henry. Pada masa yang sama Henry telah berjay menyelamatkan perisik agensi yang tugasnya sepatutnya memantau Henry telah terlibat dalam pertarungan ini.

Henry telah meminta pertolongan rakan lamanya iaitu Baron pakar dalam membawa kapal terbang dan mereka berjaya melarikan diri ke Colombia. Namun apabila sampai disana, pembunuh upahan tersebut berjaya menjejaki Henry dan cuba membunuhnya. Henry tidak boleh membunuh pembunuhan uphan tersebut kerana wajahnya sama sepertinya cuma dalam versi yang lebih muda.

Kemudian Henry pergi ke Hungary untuk mencari makumat tentang klonnya itu dan benarlah syarikat Gemini dibawah tajaan Clay Verris telah cuba membuat manusia klon yang telah dibahsuai gentiknya menjadi lebih kuat dan tanpa naluri menjadi askar terhebat. Ujian pertama beliau, ialah menklonkan DNA Henry dan berjaya membuat klon tersebut dan beliaulah yang menjaga kon Henry bernama Junior dan mendidiknya menjadi askar sempurna.

Akhirnya klon Henry iaitu Junior sedar bahawa Clay Verris selama ini mempergunakannya untuk membunuh orang. Bermualah aksi yang hebat dalam filem ini.

Aksi pergaduhan di Colombia memang best, pertarungan pakai motosikal jer teruk Henry kena belasah...hehehehe. Filem ini aku berikan rating 4/5 kerana jalan cerita biasa-biasa sahaja tetapi lakonan hebat Will Smith memang terbaik.



Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers