Home » » TERMINATOR 6 (2019)

TERMINATOR 6 (2019)

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, October 31, 2019

Terminator: Dark Fate (2019)
Semalam aku menonton filem terbaru terminator iaitu Terminator: Dark Fate (2019). Kalau dilihat dah banyak siri filem terminator yang agak berbelit dan memeningkan kepala semenjak filem ke empat dah melalut jauh.
Di bawah ini adalah filem-filem terminator yang pernah ditayangkan:

The Terminator (1984)
Terminator 2: Judgment Day (1991)
Terminator 3: Rise of the Machines (2003)
Terminator Salvation (2009)
Terminator Genisys (2015) -- dah start mengarut
Terminator: Dark Fate (2019) - Skynet dah tak der kini namanya Legion

SINOPSIS
More than two decades have passed since Sarah Connor prevented Judgment Day, changed the future, and re-wrote the fate of the human race. Dani Ramos (Natalia Reyes) is living a simple life in Mexico City with her brother (Diego Boneta) and father when a highly advanced and deadly new Terminator - a Rev-9 (Gabriel Luna) - travels back through time to hunt and kill her. Dani's survival depends on her joining forces with two warriors: Grace (Mackenzie Davis), an enhanced super-soldier from the future, and a battle-hardened Sarah Connor (Linda Hamilton). As the Rev-9 ruthlessly destroys everything and everyone in its path on the hunt for Dani, the three are led to a T-800 (Arnold Schwarzenegger) from Sarah's past that may be their last best hope.


Terminator: Dark Fate (2019) atau Terminator 6 jalan ceritanya amat mudah iaitu menyelamatkan seorang gadis bernama Dani yang akan menjadi komander manusia  yang akan melawan tentera robot pada masa akan datang. Macam biasa ada 2 robot dari dunia masa depan dihantar dimana satu untuk membunuhnya dan satu lagi untuk  melindunginya. Dan sudah tentu robot yang dihantar untuk membunuh lebih kuat dari robot yang baik...tipikal ..

Cuma kelainan dalam filem Terminator: Dark Fate (2019) ialah kemunculan Sarah Connor menggunakan pelakon asal iaitu Linda Hamilton  dan T800 iaitu pelakon asal Arnold yang bekerjasama menyelamat Dani.

Dalam filem ini lupakan tentang kisah-kisah lama Terminator kerana John Connor dah mati masa muda dan akibat kematian John Connor maka ujud dunia robot baru iaitu Legion dan penyelamatnya ialah Dani.

Inilah kelalutan filem Terminator yang membuat aku tak senang. Dari tahun 1984 kita dimomokkan tentang Skynet dan John Connor tiba-tiba melihat filem ini membuat aku rasa wow!!, semuanya dah ubah pula.

Jalan cerita memang best ler, sepanjang filem ini penuh dengan aksi-aksi yang terbaik. Grace si penyelamat Dani yang merupakan manusia yang telah diupgradekan melawan RV9 memang dahsyat. Belum lagi lihat pengorbanan yang dilakukan oleh T800 untuk menyelamatkan Dani.

Rating filem ini aku berikan 3/4 sahaja kerana  ia menyakitkan hati aku mengubah sejarah Terminator dari Skynet bertukar kepada Legion dan komandernya pula orang Mexico Dani atau Daniella. Ia bernasib baik mendapat 3/4 pun kerana aksi dalam filem ini agak best dan juga kehadiran Linda Hamilton dan Arnold.




Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers