Home » » PUSAKA FILEM PALING SERAM DAN SUSPEN

PUSAKA FILEM PALING SERAM DAN SUSPEN

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, November 14, 2019

TAJUK : PUSAKA
Tarikh Tayangan : 31 Oktober 2019
Idea Asal :  Natasha Chopra
Skrip : Anwari Ashraf dan Alfie Palermo
Pengarah : Razaisyam Rashid
Terbitan : Astro Shaw, Alpha47 Films, Director’s Think Tank
Pelakon : Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Ahmad Daud, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Faizal Hussein, Draman Muhammad, Aloy Paradox, dan Yuna Rahim.
SINOPSIS PUSAKA
Mengisahkan tentang Inspektor Nuar Ishak (Syafiq Kyle) yang telah menemui mayat wanita bernama Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar.
Semenjak itu, hidup Inspektor Nuar Ishak asyik diganggu pelbagai kejadian aneh, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.  Disamping permasalahan dengan adik kembarnya Nur (Mimi Lana) dan semakin hilang pertimbangan diri, Nuar harus selesaikan kes tersebut sebelum ramai lagi nyawa yang hilang. 
Nuar harus menyiasat siapa yang mengurung pasangan kembar tersebut sehingga kematian Balqis dan hanya Qistina sahaja yang hidup. Apakah rahsia dalam keluarga mereka sehingga satu persatu ahli keluarga Balqis dan Qistina mati. Adakah neneknya yang menyimpan rahsia saka keluarga mereka.
 Pusaka (2019) on IMDb
 
REVIEW 
Rating yang diberikan oleh 1MDb ialah 8/10 tetapi aku memberi 4.9/5 kerana filem ini mempunyai plot jalan cerita yang baik. Dan pertama kali rasanya sebuah filem penyiasatan polis yang melibatkan kuasa mistik.
Unsur suspen dalam filem ini sejak ia mula ditayangkan hingga penamatnya memang mendebarkan . Ia membuat aku terjerit kecil semasa di pawagam..hehehehe. Jerit kecil sahaja yer...
Jika anda menonton filem ini, apa yang anda fikirkan dalang dalam filem ini bukanlah seperti yang anda fikirkan. Sebenarnya dalang atau penjahat filem ini anda akan ketahui akhir filem ini nanti. Inilah kehebatan filem ini,  Dan kerana ini aku hampir memberi rating 5/5 tapi agak melampau pula.


Plot jalan cerita ini tersusun walau pun padat dengan suspen. Dari kisah penyiasatan hinggalah kisah adik detektif Nuar. Kesemuanya digarap dengan baik sekali.

Pelakon pula aku respek Syafiq Kyle yang membawa watak dengan hidup sekali. Mimik muka takut, terperranjat serta di rasuk memang awesome. Cuma aku tak puas hati watak Faizal Hussein yang pendek dan aku rasa kalau watak tu tak ada pun tiada masalah. Kerana ia tak cacatkan filem ini.

Bercerita tentang watak Faizal Hussein ini aku ingat dia pun dalang dalam filem ini. Sebab watak dia keluar dengan misteri, rupanya tak der apa-apa pun. Hawau tuiii!!!
Dari segi sinematografi ia memang baik dimana pengarah bijak mengambil angle dan gambar  yang baik tetapi yang aku tak suka dan hilang 0.1 markah ialah kesan bunyinya yang melampau. Bunyi pintu pun nak kasi kuat buat apa, sebab kadar ketakutan dalam filem ini sudah cukup baik.
Pendek kata aku memang galakkan anda menonton filem ini, janganlah banding dengan filem Annabelle atau The Conjuring sebab ini filem budget RM2juta tapi nilai filem ini aku lihat macam RM20juta. Serius!!! Anda kena tengok, kalau tak best atau anda dapat meneka siapa dalang jahat filem ini dalam 1 jam pertama, beri komen anda dan aku kasi top up RM10..hehehehehe.

Sumber: PUSAKA REVIEW DAN SINOPSIS


Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers