Home » » WIRA SINOPSIS DAN REVIEW

WIRA SINOPSIS DAN REVIEW

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Tuesday, November 26, 2019

WIRA 2019 SINOPSIS DAN REVIEW


TAJUK : WIRA
Tarikh Tayangan : 21 November 2019
Pengarah : Adrian Teh
Terbitan : Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw
Pelakon : Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Dato Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii
SINOPSIS WIRA
Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said). 
Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan).
 REVIEW
Rating filem ini aku berikan 4.9/5 kerana dari mula hingga akhir aksinya memang mendebarkan. Dari permulaan filem Zain yang berlawan tinju di gelanggang hinggalah aksi kamikaze adik beradik ini menumpaskan Raja iaitu mafia tempat tinggal mereka,
Jika anda meminati aksi old school fighter inilah filem yang patut anda tonton. Lakonan hairul semenjak dari Paskal hingga ke filem Wira makin baik. Memang real teknik pergaduhan mereka .

Dan buat pertama kali aku melihat pelakon wanita Malaysia bergaduh dengan gay ayang wau!!! iaitu Zain lakonan Fify yang tidak kekok dalam melakonkan aksi lasak ini. Memang teruja kau melihatnya. Pelakon wanita yang jahat lakonan Ismi Melinda juga tak kurang hebatnya. 

Aku bukan femininisme atau seksual yer..tetapi mutu lakonan pelakon wanit aini tak lembik macam filem-filem Malaysi ayang lain. Macam jantan si Fify ini berlawan..aku pun naik takut..

Babak perlawanan Hassan dengan Ifrit lakonan Yayan Ruhian yang pernah kena pukul dengan John Wick ke 3. Adik beradik Munas tak mampu nak makan mamat ini. Pergaduhan mereka memang mengambil masa dalam filem ini tapi berbaloi melihat seni pertahan diri yang unik ini.
Jangan tak tahu Yayan pernah membintangi filem antarabangsa termasuklah Star Wars : The Force Awakens, The Raid, The Raid 2, Yakuza Apocalypse,  dan terbaru adalah John Wick Chapther 3.
WIRA 2019 SINOPSIS DAN REVIEW

Selain itu filem ini juga berkisar tentang kisah kasih sayang antara anak dan bapa mereka yang akhirnya berakhir dengan kematian. Memang sedih melihat Zain dan Hassan menangis melihat bapa mereka di bakar hidup-hidup oleh watak antagonis Raja ini.
Tapi kalau bab sedih ini kasi Remy Ishak lebih hidup lagi ler. Hairul ini bab melawan aku boleh katakan kalah Remy ishak dan Zul Ariffin. 
Setiap pelakon ada kelebihan masing-masing. Betul kan. Cuma hairul punya watak sedih tak sampai tapi Zain watak sedihnya sampai juga..hehehehe.

Buat pertama kali aku ingin mengatakan filem ini setanding dengan filem Hollywood ler. Dari segi gaya pertarungan memang dahsyat giler. Wajib tonton.

Cuma satu jer aku nak komplen. Pada akhir filem ini ada watak sambungan  filem Paskal. Aku pun tak faham kenapa ada watak filem Paskal dalam filem Wira ini. Nak kata buat sambungan tak mungkin sebab watak Hassan dalam filem ini tak kena mengena dengan filem Paskal ini.



Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers