Home » » Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia Berkuatkusa 1 Januari 2020

Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia Berkuatkusa 1 Januari 2020

Posted by Hanif Bin Idrus Blog on Thursday, December 19, 2019

Cukai Perkhidmatan Digital Malaysia Berkuatkusa 1 Januarai 2020
Tahun hadapan mana-mana pengiklnan digital akan dikenakan cukai 6%. Kalau untuk nlogger kecil-kecilan macam aku ini yang tidak mementingkan keuntungan tetapi dari semasa ke semasa membuat pengiklanan untuk boost up blog memang rasa rugi sangatlah...
Tapi apa nak buat ini dasar kerajaan dan tak adil kalau yang buat sales atau iklan on line tak payah bayar cukai . Betul tak?
Cukai Perkhidmatan Digital itu akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan.

"Ini antara lainnya akan membabitkan perkhidmatan seperti dan tidak terhad kepada muat turun perisian, muzik, video atau pengiklanan digital.
Perkara ini boleh dirujuk di dalam Panduan Perkhidmatan Digital yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Orang ramai boleh mendapatkan salinan panduan di laman web Jabatan Kastam di sini.
 Dalam panduan tersebut kita boleh menemui jenis perkhidmatan digital yang dikenakan cukai digital. Antaranya ialah:
  1. Perisian, aplikasi dan permainan video
  2. Muzik, e-buku dan filem
  3. Iklan dan platform dalam talian (menyediakan ruang iklan di platform media, menyediakan platform untuk bertukar produk atau perkhidmatan)
  4. Enjin carian dan rangkaian sosial
  5. Pengkalan data dan hosting
  6. Telekomunikasi berasaskan internet (PABX-awan, VOIP)
  7. Latihan dalam talian
  8. Lain-lain (langganan suratkhabar dan jurnal dalam talian, kandungan digital lain seperti gambar, teks, maklumat dan perkhidmatan proses pembayaran)
Perkhidmatan di atas tidak akan dikira perkhidmatan digital jika:
  1. Perkhidmatan itu boleh didapati tanpa menggunakan teknologi internet. Contoh: Meminta penyanyi dari Australia datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di hari pernikahan.
  2. Perkhidmatan dihantar melali emel. Ia tidak dikira jika memerlukan bantuan manusia. Penghantaran perkhidmatan tidak dikira sebagai sebahagian dari transaksi jualan dan belian. Contoh: Syarikat arkitektur dari Malaysia meminta lusian 3D dari syarikat di Amerika. Ia akan dihantar menerusi emel dan ini tidak dikira sebagai perkhidmatan digital. Sebaliknya ia perlu direkodkan di bawah cukai perkhidmatan diimport.
Pasti lebih banyak penyedia perkhidmatan lain akan mula menghantar notis berkenaan cukai digital kepada pengguna tidak lama lagi. Antara yang kami lihat akan dikenakan cukai digital adalah seperti YouTube Premium, Netflix, Spotify, Apple Music, dan banyak lagi.
Dibawah ini Facebook dah mula keluarkan penyataan efektif cukai perkhidmatan ini

Mulai 1 Januari 2020, iklan Facebook di Malaysia adalah tertakluk pada cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Ini melibatkan pengiklan yang negara "Dijual Kepada" pada alamat perniagaan atau peribadi mereka ditetapkan kepada Malaysia.
Cukai perkhidmatan ditambah setiap kali anda dicaj bagi iklan anda tidak kira anda membeli iklan Facebook untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Jika anda membayar iklan Facebook melalui kaedah pembayaran manual, cukai akan dikenakan apabila akaun iklan anda dibiayai.
Sebagai contoh, katakan anda dikenakan caj $100 baru-baru ini kerana anda telah mencapai ambang pengebilan $100 anda. Subjumlah bagi caj tersebut ialah $100 bagi kos iklan, kemudian tambahan 6% cukai perkhidmatan akan dimasukkan, jadi anda perlu membayar sejumlah $106.00 bagi caj tersebut ($100 + $6 = $106). Oleh sebab cukai perkhidmatan ditambahkan pada caj anda, anda tidak akan mencapai ambang pengebilan lebih awal tetapi anda mungkin akan dikenakan caj melebihi amaun ambang pengebilan.
Sentiasa ingat bahawa Facebook tidak boleh memberikan nasihat percukaian. Jika anda mempunyai apa-apa soalan berkenaan cukai, kami mencadangkan anda menghubungi penasihat cukai tempatan atau pihak berkuasa cukai.

Thanks for reading & sharing Hanif Bin Idrus Blog

Previous
« Prev Post

0 comments:

Popular Posts

IKLAN

Recent Post

Recent Posts Widget

IKLAN

BABAB

Followers